DAPUR KECIL KU

Khamis, 7 Januari 2010

KEK SARANG LEBAH

Ini adalah percubaan yg pertama seumur hidupku.suka mkn tp tak pandai buat jumpa resepi dr mat gebu so cubalah tp kurang puas hati sbb tak berapa naik atau bekas yg kugunakan terlalu besar entahlah.....rasanya juga agak manis



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

tapi tetap lembut ...sedap...

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...