DAPUR KECIL KU

Khamis, 21 Januari 2010

ROTI SIPUT



ROTI SIPUT

copy mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
190 ml air
60 g whipping cream (boleh ganti dgn susu cair)
80 g gula halus
11 g instant yeast (mauripan)
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
60 g mentega
Sedikit gula halus untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 20 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 tadi dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON". Biar hingga siap menguli (30 minit) dan perap 10 minit. Keluarkan doh dan ikut langkar seterusnya.


UNTUK ROTI SIPUT :- Doh tadi ditumbuk untuk membuang udara. Bagi kepada 16 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil satu bahagian, canai memanjang dan gulung. Kemudian canai gulungan tadi dan gulung sekali lagi. Kerat2 dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan mentega (dalam gambar mat guna ramekin, 3 potongan untuk 1 ramekin). Buat hingga siap dan biar 45 minit. Tabur sedikit gula halus dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.....

1 ulasan:

ijad berkata...

sedap kuih tu...

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...