DAPUR KECIL KU

Selasa, 26 Januari 2010

AYAM GORENG CENDAWAN SOS TIRAM



AYAM CENDAWAN SOS TIRAM

sumber madiha

Bahan2
8 - 10 ketul ayam (atau setengah ekor ayam bersaiz besar ) - dipotong kecil2 - bersihkan dan tos
5 s/b tepung jagung
3 s/b tepung gandum
lada sulah, sos tiram & kicap pekat secukupnya utk memerap ayam
1 tin cendawan butang saiz besar dalam tin - belah 4 atau dihiris2 ke 5 kepingan
1 btg carrot saiz kecik - potong memanjang atau saiz kesukaan
1 biji capsicum - didadu kasar
5 biji cili kering - bersihkan potong2 menjadi 1 inci panjang
1 s/b tepung jagung + 2 cwn air - dibancuh
5 s/b sos tiram (atau lebih)
1 s/b kicap pekat
1 s/b kicap manis
lada sulah secukupnya


Bahan2 Ditumbuk Lumat
8 - 10 ulas bawang putih
5 inci halia - hiris nipis dan tumbuk halus

Cara2 Memasak

1. Ayam di gaul dengan 1 s/b bwg putih+halia tumbuk tadi. Masukkan 5 s/b tepung jagung, 3 s/b tepung gandum, lada sulah, sos tiram & kicap pekat sket. Gaul rata dan perap sebentar.

2. Goreng ayam hingga masak. Jangan panik yer.. ayam bila dah kena goreng warnanya bertukar agak gelap. Tapi tu tak beerti ayam tu hangus. Sebenarnya itu adalah tindak balas warna tepung yg dah digaul sos tiram & kicap pekat tadi. Ok selepas menggoreng ayam.. boleh terus gorengkan cili kering tadi sebentar & ketepikan dulu kedua2nya.

3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumiskan bwg putih + halia tumbuk tadi hingga berbau wangi. Masukkan air tepung jagung tadi. Biarkan mendidih. Masukkan juga lada sulah, 1 s/b kicap pekat, 1 s/b kicap manis & 5 s/b sos tiram. (atau secukupnya)

4. Kacau rata kemudian masukkan carrot & cendawan butang. Biar kejap hingga carrot agak2 lembut.

5. Masukkan capsicum. Perlahankan api.

6. Last sekali masukkan ayam goreng dan cili kering goreng tadi sambil digaul rata dengan sos tadi hingga agak kering.

7. Rasakan masinnya.. biasanya tak perlu tambah garam sebab memadai dengan sos tiram & kicap2 tadi

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...