DAPUR KECIL KU

Khamis, 25 Mac 2010

DONUT MINI



DONUT MINI


Bahan:- (15 biji donut mini)

· 200 gm tepung roti
· 20 gm gula
· 1/2 tsp garam
· 1 tsp yis kering
· 140 ml susu segar-kurangkan 120 ml
· 20 gm butter ganti dgn criso
.1 biji telur-ibu tambah
· minyak masak untuk menggoreng
· powder sugar/gula aising - untuk tabur

Cara Membuat:-

1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
3. Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
4. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
5. Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
6. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7. Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe
8. Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...