EGYPTIAN ON RUSH SANDWICH
COPY UMMIZAIHADI
Bahan:-
· 2 - 3 helai sayur kobis (dipotong nipis2)
· 1 keping daging burger (dihancurkan)
· 1 biji bawang besar (racik2)
· 1 biji telor ayam
· carrot (dipotong halus-halus)
· 2 biji cili merah (diracik) (*ummi letak 1 biji je)
· garam secukup rasa-tukar guna sos Lea&Perrin
· roti gardenia secukupnya
· 1 sudu besar mayonis
· sos cili
· slice cheese/cheesedale
Cara Menyediakan:-
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cili yang dipotong, kacau. Masukkan burger pula, gaul sekata hingga burger masak.
3. Masukkan pula sayur kobis dan carrot. Gaul dalam 2 minit.
4. Lepas tu pecahkan telor dalam kuali. Jangan scramble dulu, Biar sekejap, baru scramble telor tu. Gaul dengan bahan2 hingga masak. Tutup api.
5. Pindahkan dalam mangkuk dan masukkan mahyonis, gaul sekata.
6. Kemudian masukkan sos cili (jika suka).
7. Letak bahan antara 2 keping roti tadi serta slice cheese. Siap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan