DAPUR KECIL KU

Isnin, 15 Mac 2010

KEK MARBLE SUSU


KEK MARBLE SUSU


Sumber ; Fp MamaFami; resepi asal Chef Norzailina Nordin .

copy Fp Jasmeen



250g mentega

230g gula kastor

2 sudu kecil ovalet

4 biji telur

270g tepung superfine- guna tepung gandum aje..

1 sudu kecil serbuk penaik

60g susu pekat manis

2 sudu besar serbuk koko

2 sudu besar susu segar atau susu cair -guna susu segar

1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco

Almond Nib - utk tabur ateh kek...



Kaedah penyediaan :

Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik. Masukkan bahan ayak, kacau rata. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Baar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...