DAPUR KECIL KU

Khamis, 25 Mac 2010

SWEET BUN



SWEET BREAD


Bahan A:-
·240 gm tepung roti
·60 gm tepung gandum
·50 gm gula kastor
·10 gm tepung susu
·2 camt. yis segera
·5 gm garam

Bahan B:-
·1 biji telor
·150 gm susu segar/air

Bahan C:-
·20 gm mentega tanpa garam (unsalted butter)

Topping (optional):-
·black & white sesame seeds
·raisins
·almond flakes

Filling - ikut suka (akak x letak pun)ibu pun tak letak tp ibu campur dgn mixfruit uli sekali bg rata
Cara Membuat:-

1.Masukkan bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaulkan rata.
2.Kemudian masukkan pula bahan2 B dan uli sehingga terbentukkan doh.
3.Selepas itu masukkan mentega dan uli lagi sehingga elastik dan tidak melekat di tangan. semasa menguli doh jangan tambahkan lagi tepung walaupun ianya agak melekit di tangan
4.Buatkan bentuk bulat doh tadi dan masukkan semula ke dalam mixing bowl dan tutup supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam.
5.Setelah siap keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin. semasa proses ini bolehlah ditaburkan sedikit tepung tetapi jangan banyak.
6.Bahagi2kan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola yang kecil. setelah siap biarkan doh rehat selama 10 min lagi.
7.Setelah itu isikan doh tadi dengan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola dan susukan ke dalam loaf pan atau springform pan.
8.Sapukan permukaan doh dengan telur yang telah dipukul atau dengan susu segar dan kemudian taburkan dengan topping.
9.Bakar pada suhu 180-190C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan.

Note:

utk mendapat kan roti yg kekal lembut, lepas roti masak letakkan di atas redai sekejap dan bila roti tu suam2 masukkan kedlm bekas bertutup atau plastik yg di alas dgn tisu dapur.pd ke esokkan harinya roti akan tetap lembut seperti baru masak.selamat mencuba

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...