DAPUR KECIL KU

Sabtu, 27 Ogos 2011

ALMOND LONDON


ALMOND LONDON




http://www.tiffinbiru.com/

BAHAN- BAHANNYA :-)

250 gram mentega

150 grqm gula aising

2 kuning telur

1 camca teh esen vanilla

450 gram tepung gandum*

2 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)

130 - 150 biji badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel, atau bakar dalam oven.



BAHAN SALUT :-)

400 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")

1/2 camca besar lemak sayur

Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan

Paper cup saiz kecil secukupnya



CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.

Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20-25 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.

Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. ATAU boleh juga celup sebiji almond london dan letak dalam paper cup. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...