DAPUR KECIL KU

Jumaat, 26 Ogos 2011

BLENDED BUTTER CAKE

Salam..


Dah lama tak masuk n3 jd ari ni nak masuk n3 yg dah berminggu jugak aku masak ni.

Bukan tak nak masuk n3 tp memandangkan tenet kat opis ni slalu kena sekat2 jd aku pun dah mula malas nak masuk n3 dan juga klu masak pun malas nak posing maut mknan ku itu





BLENDED BUTTER CAKE

sumber: fida@myR

http://izahdaut.blogspot.com/

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )



2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak

1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)

250 g mentega cair (guna yang berkualiti)

1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk

4 biji telur

1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

1 sk coklat emalco * saya tambah



Resepi utk ½ adunan

1 ¼ cawan tepung naik sendiri - ayak

2/3 cawan gula halus (boleh kurangkan)

125 g mentega cair (guna yang berkualiti)

2/3 cawan susu segar - dr peti sejuk

2 biji telur

½ sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

1 sk coklat emalco * saya tambah



Cara-cara



Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.

Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.

Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...