Salam...
pg2 minggu dah tayang ayam pulak.takpe time ni org tengok tak terliur lg.iyelah baru aje sahur.
Dah lama jugak tak update n3 bukan takde resepi baru tp busy sgt kat opis tambah2 skrg ni staff cuma tinggal 2 org aje dulu bertiga skrg berdua sbb yg sorang lg tu dah resign maka bertambah2lah kebusyan(salah bahasa ni) insyallah esok baru masuk staff baru harap2 lama lah tahan nya.
Ok kita terus ke niat sebenar pg ni.dah lama simpan resepi ni cuma blm berkesempatan nak membuatnya.cuma smlm masa duk kemas2 kertas2 yg ku catat resepi terjumpa resepi ni(biasalah byk sgt dlm Q) tengok pun mudah dan bahan2 pun tak susah mana nak dpt jd aku pun meneruskan lah niat tu.jom kita tengok resepi yg aku ceduk dr dapur kak ummi kuantan yg sumber asalnya dari majalah jelita.tq semua ayam ni sedap jugak klu di ratah.
AYAM KALASAN BERSERI
Resepi: Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011
Bahan:-
4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
garam secukup rasa
1/3 cawan air
1 cawan kelapa parut
Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
2 sudu besar biji ketumbar
2 sudu besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah:-
5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup-guna yg serbuk aje
sedikit air
Cara Memasak:-
Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.
Nota(kak ummi): versi kak ummi
Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!
2 ulasan:
tak pernah dengar lagi menu camni...baru 1st time.. nampak mcm ayam serunding aje
Hi, this looks a very nice dish....saya ta'pernah makan ke dengar the name before. Must be new recipe?
Ada lagi? Ha ha.
Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.
Catat Ulasan