DAPUR KECIL KU

Selasa, 16 Ogos 2011

KEK HUJAN PANAS

KEK HUJAN PANAS


by: RYO

http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/07/kek-hujan-panas-nape-tak-sama-huhuhu.html



325 g butter/margerin

1 1/2 gelas gula

2 1/2 gelas tepung gandum

5 biji telur gred A

150 g seri kaya

50 g susu pekat manis

300 g kelapa parut

sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.



Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih

Pukul butter bersama gula hingga kembang

Masukkan telur satu persatu

Masukkan serikaya,susu & tepung

Pukul lagi hingga adunan sebati,ketepikan

Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu

Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan,gaul sebati

Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan,tutup dengan aluminium foil

Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Potong apabila kek dah sejuk.



P/s : kalau malas nak carik kelapa tua,pi kedai beli kelapa parut yang dah kering tu pun boleh,cuma rasanya sedikit berbeza ler.



Diolah 1/2 Adunan

by: Kak Ummi



160g butter/margerin

3/4 cawan gula

1 1/3 cawan tepung gandum

2 biji telur gred A

80 g seri kaya

25 g susu pekat manis

130 g kelapa parut

sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.

sedikit esen vanila - kena letak next time

Cara membuat sama seperti diatas.





Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...