Ibu kepada kembar dan juga isteri kepada tukang besi.bekerja sepenuh masa dan part time suri rumah.punya minat dan hobi masak memasak.Pastrie's Delight juga bersedia menerima tempahan kek,apam polkadot dan juga brownies
DAPUR KECIL KU
Sabtu, 27 Ogos 2011
EDISI TAYANGAN BISKUT RAYA...YG TAK SEBERAPA
BISKUT DAHLIA
http://www.tiffinbiru.com/
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan