DAPUR KECIL KU

Sabtu, 27 Ogos 2011

CORNFLAKES MADU



Cornflakes Madu Berkacang


Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan *sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan



1 cawan kacang tanah-goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)

4 cawan Cornflakes

1/2 cawan madu

1/2 cawan mentega

Papercups secukupnya



Cara-cara:

Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar.

Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.

Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.

Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara





Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...