DAPUR KECIL KU

Jumaat, 26 Ogos 2011

APAM PUTRI AYU

Apam yg memang menjadi kesukaan ramai bkn dr segi rasa aje rupa pun ayu jugak.resepi ni dpt byk klu sape2 yg umah kecik dan org tak ramai buat setengah adunan pun ok rasanya


tersilap taip lah tp memang kat kg aku panggil apam ayu he..he..

APAM PUTERI AYU

Resepi: Rossitamz @ Azita

Sumber: SL aka Nina @ Sweetlily Kitchen

Bahan-bahan ( 40 biji - bergantung pada saiz acuan )

(*akak guna acuan lebih kecil, dapat kurang lebih 48 biji)

5 biji telur (saiz kecil)

250gm tepung gandum

300gm gula (*akak kurangkan kpd 270 gm je)

2 camca teh ovallate

1 camca teh baking powder

250ml santan

sedikit pewarna hijau

2 camca teh paste pandan

Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara:

Panaskan kukusan.

Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.

Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.

Kacau lagi hingga sebati.

Sapu sedikit minyak pada acuan.

Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.

Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.

Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan



Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...