DAPUR KECIL KU

Isnin, 10 Oktober 2011

CHILLED PEACH CHEESE CAKE

Menu seterusnya hari ini ialah ciskek. Tergoda dgn sape pulak kali ni kak nor ke kak ita yer dah lupa entah2 org lain tp rasanya dr teratak impian, tp tak kisahlah kan janji kita kongsi ilmu ni sama2 yer. Resepi asal dari kak wan yg aku mula2 berjinak dgn dapur nya sekarang ni. Dia byk dapur adik badik sedara sepapat seme pandai masak2 tau. Tq atas resepi yg amat2 sedap ni dan amat marbeless giler.






Chilled Peach Cheese Cake

Sumber: Resepicitarasawan



Bahan Base

250gm digestive biskut – (jenama tesco)

100gm mentega cair



Adunan Krim Keju

250gm krim keju

90gm gula kastor

1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu

100ml sirap peach

1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur)

50ml air

1 sudu besar jus lemon

200ml anchor whip cream-tukar guna yougurt



Loyang 8" (Loose Base Tin)





Cara-cara :

1. Base : Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

2. Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang. Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut. Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata. Ketepikan.

3. Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon. Ketepikan.

4. Pukul krim cheese dan gula hingga rata. Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati.

5. Atur buah peach yang di dadu ke atas base, kemudian tuangkan krim cheese, ratakan. Sebagai hiasan atur hirisan buah peach di atasnya. Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.

6. Keluarkan dari peti sejuk, tuang lapisan jeli ke atasnya (jika suka) dan biarkan hingga jeli beku.


Lapisan Jeli

2 sudu besar Jeli segera-kita guna agar2 biasa aje

2 sudu besar gula

250ml air



Masukkan air, jeli segera dan gula, kacau rata dan didihkan. Biarkan suam sedikit baru di tuang ke atas cheese cake.

***Bolih juga guna agar-agar serbuk atau konyaku jeli,tapi ikut sukatan air pada peket nya.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...