DAPUR KECIL KU

Jumaat, 7 Oktober 2011

UPSIDE DOWN PIZZA

Salam..
Dek tergoda dgn tayangan kak long ku makanya blk keje semalam aku pun buat lah. Memang sedap dan marbelesss sgt2 dan yg penting mudah mcm wat jemput2 aje he..he..lain kali metsi wat lg utk menambahkan lemak cheese kat badan ni. Disebabkan pizza ni sedap sgt aku kenalah masuk n3 ni dulu dgn memotong Q n3 lain he..he..eh klu nak wat bekpes pun blh sgt dan dgn terciptanya resepi aku dah mula terfikir nak cipta resepi sendiri jeng..jengg..tungguuuu..ok tak leh lama ni keje byk dah tu ambik halfday sbb nak daftar pra sekolah kembar. Harap2 dia org tu rajin gi sekolah nanti.



Upside Down Pizza
(loyang 9 x 9 inci)
Sumber : Tun Telani
Copy madiha


Dough
2 bj telur
1 cwn susu
1 cwn tepung(tambah 1/2 cawan lg sbb mcm cair sgt)
1 sb minyak
1/2 sk garam
*1/2 yis

- gaul sebati (guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
- sedia utk diguna

Filling
1 keping dada ayam- kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh-tak letak pun
2 sb tomato puree-guna sos spargetti kimball
1 sb oregano
1 sk paprika
*1 btg carrot di sagat
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

* Panaskan oven 180 degree.
* Letakkan filling dlm loyang.
* Tabur cheese atas filling.
* Curahkan adunan 'dough' kat atas. (MaDiHaA tabur cheese selapis lagi atas doh)
* Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
* Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

1 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

kan dah kata... SYEEDAPPPP!! hehehe.. yg bestnya buat senang yg amat.... amboi siap dpt ilham nak cipta resepi sendiri lagi.. okeyy... kita tunggu kemunculannya yer........

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...