Ini pun projek smlm gak. Dah lama aku nak wat slice cheese cake ni. Dulu2 CMG suka tayang kek2 gini tp skrg CMG semcm merajuk aje yer ada aje yg terguris perasaan. Cik mat kita mintak maaf lah klu salah tulis yer tp jgn lah merajuk sbb resepi2 CMG slalu menjadi poojaan hati ku….
Cheff kat umah ckp tangan aku mcm org kena parkingson klu sehari tak wat kueh ke kek jd aku cuba lah seminggu tak wat kueh tiba2 aje cheff tayang takde kek ke nak mkn?haa baru tau bila tokey dapur mogok tak nak masak. Dah tu adik aku pun ckp angah blh tak esok beli atau buatkan kueh utk dia mkn sbb dah lama tak mkn kueh. See bkn salah aku klu aku suka masak he..he..aku bancuh kueh ni dah kul 10 mlm sambil2 layang terowong citer yg entah apa2 tu. Adik aku tanya aku nak wat kek apa,aku ckp lah ciskek dia pun bkn main suka lagi sbb dah lama dia mintak acik buatkan tp kakak dia sorang lagi tu slalu busy aje.jd bila dia dtg umah aku blhlah dia merasa air tangan ku ni. Adik aku dtg sbb nya nak jd asst chef yg skrg dah tukar jd enginnier pulak. Rezeki kembar nak skolah agaknya
SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara:
potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
tak sempat nak posing gambar sebiji sbb cheff tak sabar2 nak mkn kek. masa potong pun suam2 lg kek nya
1 ulasan:
korang dua org mmg ngamlah... sorang suka buat kek.. sorang lg suka makan kek... hehehee...
Catat Ulasan