Salam
Seminggu tak update
Dilanda kebusyan(ayat baru) kat opis ni
Bila dah nak hujung2 bln byk pulak report utk claim payment yg nak kena buat,klu awal bulan report payment yg dah buat. Hai mcm tu lah rutin setiap bulan. Agak2 bila dapat tukar keje lain. Skrg ni duk berangan,alangkah bagusnya klu ari2 aku tak yah gi keje. Jd surirumah aje tp surirumah yg ada profesion lah kononnn. Jaga anak 2 org pun dah riuh sekampung inikan nak keje dr rumah. Tp aku pernah gak merasa jd surirumah sepenuh masa lepas bersalinkan kembar. Alasan pertama aku tak keje adalah kerana factor gaji yg tak padan klu aku nak anto org jaga kembar dgn gaji yg aku dpt. Yg keduanya dulu aku keje shif klu pg masuk kul 9pg sampai kul 6ptg klu shif ptg lak masuk kul 1 ptg balik kul 11 mlm.klu keje mcm ni sah2 org jaga anak nak double punya byran kan. Dan yg penting aku dpt ikut saranan doc2 kat m’sia ni dgn menyusukan kembar dgn susu ibu. Alhamdulillah walaupun anak kembar rezeki susu mereka murah. Susu nya tak pernah abis sampai kadang2 aku kena perah sendiri klu kembar lambat minum. Citer2 pasal susu ni aku teringatlah kata2 adik ku walaupun dia hanya buat lawak tp aku rasa ada kebenaranya. Kenapa zaman skrg ni ramai sgt binatang berupa manusia kerana masa kecik bkn minum susu ibu tp minum susu lembut tu pasal tak jd manusia. Masa kembar umur 20 bln aku pun pisahkan susu ibu gantikan dgn susu lembu gak tak sampai hati lah tengok dia menangis nak susu dan skrg step utk dia lupakan botol susu pulak tak tau dpt ke tidak. Yg adik tu ranya bolehlah bila aku suruh dia minum susu guna glass aje yg kakak selagi tak dpt susu dlm botol dia akan melalak,aduhhh dugaan. Waktu nak lepaskan susu tu mama ku dah pesan awal2 katanya aku mesti kuat semangat jgn lemah,klu lemah memang tak jd buktinya adik aku lah sampaikan tak lepas2 lg susunya walaupun anak dah 2 thn. Sampai aku pun dah puas dah suruh dia pisahkan susu. Hai panjang pulak aku duk membebel. Almaklumlah dah seminggu tak update. Ok resepi pertama utk ari ni adalah kek chiffon yg dulunya aku paling2 takut nak buat sehinggakan aku mintak kakak sepupuku madiha tu utk ajar aku. Tp biasalah aku ni susah sikit nak sampai rumahnya tu kerana kat situ susah cari parking satu hal dan lg satu aku tegok mcm bukan Negara Malaysia lg kebanyakan nya foreigner aje tp tak pe kak long asalkan kita jaga keselamatan sudah kan. Dan kembar pun tak mau diam klu kesana kesian maklong nak mengemas.
Zuraini Alias
http://kakzusemanisgula.blogspot.com/
Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko ..larutkan dgn 120ml air suam ( gune susu segar lagi sedap )
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila
***kene putar gune high speed baru kek akan naik tinggi
Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara KAUP BALIK. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong
Note~resepi ini dpt saiz loyang 8'' cukup2 utk buat sebiji kek besar.tp aku dah bahagikan kepada 2 loyang.itu pasal kek aku kecik
sebiji aku wat mcm kat atas sebiji lg aku wat choco mouse.next n3 yer
best sgt2 kek ni. aku belah 2 dan layerkan dgn choclate putih.yumm..yumm sedap
2 ulasan:
Aslmkum Ida
Susu ibu mmg baik....sypun semua anak2 bagi susu ibu tp dah kerja terpaksa campur.sebenarnya hubungan ibu dgn anak masa menyusu tu yg terjalin mesra...
kek chiffon setakat ni tak berani nak cuba...
kaklong pun sebelum beranak dulu bercita2 nak susukan anak ngan susu ibu.. tapi apakan daya.. rezeki tak berapa murah.. baby dpt menyusu beberapa bulan aje.. pastu.. terpaksalah campur jugak sbb baby mengamok bila susu tak cukup.. huhu..
masa alin ni pulak.. susu pun mcm dulu2 jugak ada.. tp tak byk.. tapi yg frustnya.. dia sendiri pulak tak reti nak buka mulut time nyusu.. aduhaiii.. punyalah payah nak bagi dia susu sampai naik sakit belakang kita nak ngajar dia nyusu. last2 tonyoh ngan puting botol lah lagi senang sbb puting botol tu keras.. mudah je masuk mulut dia walaupun dia takmo buka mulut.. hahaha.. ada jugak ye baby yg tak reti nak buka mulut walaupun nangis lapar.. adeiii.. frust giler masa tuh...
eh eh... takdelah susah sgt nak dtg sini.. kalau siang hari tu boleh aje masuk dlm pagar & parking dalam.. (limit kereta pelawat dibenarkan park dlm pagar sampai pukul 12 tengah malam) tp kena ada cagaranlah.. tak silap nak kena letak IC kot nnt guard akan bagi pass pelawat. masa nak keluar.. pulangkan pass pelawat & guard akan pulangkan IC pelawat.. gitulah kaedahnya bila dah dok rumah apartment yg ada guard ni... mmg agak payah bg pelawat.. tp bg penduduk rasa agak terjamin sbb org luar takleh suka2 masuk dlm... guard pun jaga siang mlm.. keselamatan terjaminlah sikit.. bab orang foreigner tu.. alhamdulillah.. dorang tak pernah lagi buat kacau dlm kawasan tu.. & syukur jugak sebab floor kaklong takde orang asing yg menyewa.. semua yg ada melayu & jiran2 semua okay..
Catat Ulasan