Salam
Hujung minggu yg moody sbbnya kena masuk opis.he..he..kan selonok(ayat kakak kembar) klu opis ni buka 5 ari seminggu aje.ini tak cuti nya ahad aje tp syukur lah dr tempat keje yg dulu kena keje shift dah tu cuti tak leh ari minggu. Kdg2 kul 11 mlm baru blk bila kena time shift ptg. Tp ada gak blk sampai kul 2 pg bila time stocktake.tp itu seme dah lama jd sejarah.skrg public holiday confirm ada cuti. Kira dah bagus sikit lah kan. Ari ni nak tayang kek pisang goring yg aku rasa salah satu resepi recycle lah,sbb nya terjadi kek pisang goring ni kes aku goring pisang yg di tabor gula tp tak abis mkn jdnya masuk dlm peti dulu simpan.bila nak mkn asyik lupa aje lepas tu teringat kat resepi kek pisang goring kek pisang goreng kak long ku. langsung gi dapur dia cari resepi. Menurut kak long kek ni agak kering nak dibandingkan dgn kek pisang yg slalu dia buat mungkin kerana pisangnya dah digoreng itu yg jd kering jd aku dah modified lah resepinya jgn mareee yer empunya resepi sbb aku memandai ubah. Bkn apa utk menyedapkan unsur2 recycle ni he..he..jom tengok apa yg telah aku ubah
Kek Pisang Goreng
Resepi Asal : Kha Mytaste
Sumber : Mas Duniaku
copy http://mamawandiha.blogspot.com/2011/04/kek-pisang-goreng.html
Bahan :
* 250g pisang emas@ lain2 pisang (MaDiHaA guna pisang berangan)sama lah kita
* 4 biji telur
* 3/4 cawan gula castor (MaDiHa guna gula perang)gula putih aje
* 2 cawan tepung gandum ~ diayak
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonate
* 1 cawan minyak suam ~ guna minyak goreng pisang tadi.(guna minyak lain yg dipanaskan kejap dgn micro kan ke recycle mana nak cari minyak goring pisangnya)
* 1/2 sudu teh esen vanilla
# ½ cawan air
# 1 s/t overlate
# 1 s/t coffe paste
* Sedikit hirisan badam untuk taburan (ini MaDiHaA tambah)sorry I tak letak pun tp letak chocolate chip he..he..sedap
Cara membuatnya :
1. Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan sejukkan sebentar. Blend bersama minyak masak suam tadi.
2. Sementara itu, putar telur dan gula hingga kembang & putih. Dan juga overlate
3. Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan menggunakan kaedah kaup balik.
4. Akhir sekali tuangkan adunan yang dikisar tadi.bersama dgn air.kemudian bahagikan 2 bahagian.satu bahagian tuangkan dlm acuan dan separuh lagi masukan coffe paste gaul rata kemudian baru tuangkan keatas adunan td dna tabor choc chip. Masa masak bukan main semerbak bau coffe dan pisang dan amat2 lah sedap aku rasa kek ni. Hasil gabungan kopi dan pisang.
5. Tuang dalam acuan yang sudah digris dan dilapik baking sheet. Taburkan dengan hirisan badam dan bakar 160'c selama 40 min @ sehingga masak (bergantung jenis oven). -Mas dan HaSue bakar lebih kurang 30 minit sahaja pada suhu yg sama. MaDiHaA bakar lebih sedikit masa kerana MaDiHaA guna loyang loaf & kek agak tinggi
nota ~ kek ni bila dah sejuk akan nampak sedikit moist sbb guna overlate dan juga air.
1 ulasan:
dah lama x bt kek pisang..yg ni dah prnh cuba..sedap gak
Catat Ulasan