MARBLE RONA RONI
Sumber : KAK ZA~AININDELIGHT
Bahan A
200gm butter/majerin
200gm gula castor
Bahan B
4 biji telur ( saiz B )
50ml susu cair
50 ml air sejuk dari peti ais
1 sudu kecil esen rose ( dapat idea ni bila biras I guna esen ros untuk buat biskut raya tahun lepas… )
Bahan C
200gm tepung gandum ( atau Self Raising Flour )
1 sudu kecil baking powder ( tak payah letak kalau guna Self Raising Flour )
Bahan D
Pewarna merah, hijau dan kuning.
- Pukul Bahan A hingga kembang ( lebih kurang 5 minit )
- Campurkan semua Bahan B dan pukul sedikit, masukkan ke dalam Bahan A. Pukul hingga gebu ( lebih kurang 5 minit )
- Ayak Bahan C. Perlahankan “speed” kepada nombor 1. Masukkan Bahan C ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata saja. ( jangan pukul lama, kek akan merekah )
- Bahagi tiga adunan, masukkan pewarna dan kacau rata.
- Sapu shortening atau butter di sekeliling baking tin. ( I tak alas dengan kertas minyak kalau guna shortening )
- Letakkan 3 sudu besar adunan kuning di tengah baking tin, kemudian letakkan 3 sudu besar adunan merah dan diikuti dengan 3 sudu besar adunan hijau.
- Ulangi proses di atas hingga habis. Tak perlu lorek dengan lidi, Cuma hentakkan baking tin 2 kali untuk ratakan adunan.
- Panaskan oven pada suhu 175 darjah, bakar 45minit. ( bergantung pada oven masing-masing )
- Sebaik sahaja masak, kek akan renggang dari baking tin, cucuk dengan lidi di tengah. Kalau lidi bersih, bermakna kek sudah masak.
- Sejukkan kek selama 15-20 minit, baru dikeluarkan dari baking tin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan