DAPUR KECIL KU

Isnin, 31 Mei 2010

ROTI PELBAGAI


ROTI PELBAGAI
COPT IXORA


500gm tepung high protein
90gm gula halus
4sb susu tepung
1/2 st garam
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar bread softener
1 paket yis (11grms) mauripan
2 biji telur
3 sb butter
150-200ml air / air secukupnya .. adjust sendiri yer .. masukkan air sedikit2 masa mnguli doh ..
1sudu besar gluten/ wheat gluten ...

inti - sambal ikan bilis / sosej / or apa2 aje

Cara-cara
1. Masukkan semua bhn kecuali air kedlm mangkuk mixer dan gaul
2. Masukkan air sedikit2 sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jgn masukkan terus semua air ) . Uli sehingga 20 minit .. lebih skit pun x per
3. Bila doh dah licin keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yg dikehendaki.. Loyang pembakar disapukan dengan hanya sedikit butter n tepung gandum
note : untuk bun 25gm /ea ..utk mini sosej 25 grm gak .. n utk sosej ala2 lipan tuh 50grms .. (perghh apa punya bahasa la nih) .. untuk step nih x yah penaik kan doh .. terus ngan upacara potong memotong n timbang menimbang ..
4.Dah siap masukan inti baru ler panaik kan doh sehingga sekali ganda .. 1jam / lebih ..
note : bagi proses menaik kan doh ni ..k.yati masukkan tray yg dah diisi ngan doh tuh dlm beg plastik yg besar dan ikat kat hujung nya ..
5. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit .. api atas bawah ..
note .. kalu tgk bahagian atas dh agak perang boleh padam kan api atas dan bakar dgn api bawah shj .. ini bagi mengelakan roti bahagian bawah tidak masak sepenuhnya.. (bakar dlm oven kt rak paling bawah )
6. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan nya ..
7. Untuk kesegaran roti berpanjangan ..sila simpankan roti anda didlm bekas yg tertutup ..hehe

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...