DAPUR KECIL KU

Khamis, 13 Mei 2010

RAINBOW BUTTER CAKE

RAINBOW BUTTER CAKE / KEK MENTEGA PELANGI


Diolah oleh MamaFaMi dari : Bro Rozzan's Blogspot

Copy & Paste from : MamaFaMi ibu copy madiha

Bahan-bahan :

250g mentega

200g gula halus(agak manis bg ibu jd lain kali kena kurangkan sikit)

5 biji telur (guna 6 biji telur gred C)

210g tepung gandum (Ibu guna tepong naik sendiri+tepung gandum)

1/2 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil esen vanilla

* 1/2 sudu kecil esen ros

1 sudu kecil overlate(ibu tambah utk lembutkan kek)*

* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.

2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.*kemudian masukkan overlate

3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.

4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.

5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.

6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.

7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.

8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.

9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.

10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.

11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2)

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...