DAPUR KECIL KU

Selasa, 11 Mei 2010

SPINACH AU GRATIN


SPINACH AU GRATIN


HANA

Bahan-bahan

Sepeket spinach@horenso

2 sm bawang besar cincang

2 sm butter

2 sm tepung gandum

2 sm parmesan cheese - atau apa sahaja cheese (leh add)

11/2 cawan susu segar - jika ingin lebih creamy gunakan atau campurkan dengan whipping cream@ heavy cream

blackpepper

garam

Cara-cara

Didihkan air. Rebus sebentar horenso@spinach. Angkat, basuh dengan air sejuk dan perah. Kemudian potong dalam 5cm. Ketepikan.

Utk membuat sos putih - Panaskan butter. Masukkan bawang. Goreng hingga bawang agak layu. Masukkan tepung gandum. Kecilkan api yer agar tepung tidak hangit. Masukkan pula susu segar, garam dan blackpepper. Masak hingga pekat.

Sediakan bekas tahan panas. Sapukan butter. Susun spinach yang telah dipotong tadi. Curahkan sos putih. Taburkan cheese lagi jika suka. Kemudian bakar suhu 180 hingga bahagian atas keperangan. (hana bakar gune toaster jer )

Siap dihidang, Enak makan panas2.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...