DAPUR KECIL KU

Selasa, 5 Oktober 2010

DAGING MASAK MERAH

Cari punya cari mana letak resepi ni last2 aku jumpa kat umah tokey muffin tu rupanya.takpe lah janji jumpa gak resepi yg aku rasa memang mudah utk aku ni.Skrg aku dah tukar cara beli brg basah kat umah.Tiap kali aku gi tesco atau jusco aku beli siap2 daging yg letak dlm tray plastik tu yg siap paket2 tu dan siap potong2 sbb aku klu nak masak cuma cuci aku dan lagi satu daging jenis mcm tu lembut sbb tu rege nya mahal sikit tp utk setakat aku 4 beranak ni memang dah cukup 1 bekas tu sekali masak.

DAGING MERAH ALA THAI

Copy dr  izahdaut.blogspot walaupun resepi asalnya aku tengok dekat dapur hana tp cari punya cari tak jumpa pulak so izah kita copy umah awak yer
Bahan-bahan
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
hana tmbh halia ketuk kita pun letak gak
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
*lada bagla-ini sendiri tambah
*kacang panjang-yg ni pun tambah gak

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi


aku memang suka lauk ni lah kira peberet gak ni sbb tiap kali gi mkn kat kedai aku mesti ada order lauk ni.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...