DAPUR KECIL KU

Isnin, 25 Oktober 2010

DAGING MASAK BALI


Ini plak menu utk lunch smlm aku mula2 ingt nak gandingkan lauk ni dgn nasi serai tp aku duk cari2 serai tak jumpa entah mana aku letak.cukup2 utk masak lauk atas tu aje.nak masak nasi serai dah tak cukup serainya nak gi kedai dah malas yelah klu gi kedai beli serai 30 sen tp kena pau dgn kembar RM3 kot yer tp biasanya lebih sbb seme kena beli double klu tak bila blk rumah ada lah bergaduh.last2 aku masak nasi putih aje.Pg td bila aku kemas 2 dapur baru ternampak serai duk elok aje tergantung sebelah sink,adoi lah geramnya aku tp mungkin dah tertulis aku tak boleh masak nasi serai tu.Aku konon2 nak masak nasi serai tu utk mkn tengahari lepas tu bawak utk makcik aku sekali tp dah tak jd buat takdelah bawaknya.lauk pun aku tak bawak.siap aku plak gi mkn nasi umah dia kih..kih..Hai melalut plak aku ni dah lah layan resepi ni abah ckp tak suka tp terpaksa mkn sbb aku cuma masak satu jenis aje(gara2 nak gi umah makcik aku jd sempat masak satu jenis aje)
DAGING MASAK BALI

copy HANA
Bahan-bahan
1/2 kilo daging - rebus dan hiris kecil (tak rebus sbb guna daging lembut )
*6 batang lada merah @ cili kering
*5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*3 biji buah keras
*1/2 inci kunyit hidup -tukar guna yg serbuk aje
*1 inci lengkuas
*1 inci halia
*1 sk jintan manis, putih, dan ketumbar -tukar gak guna yg serbuk
2 batang serai - ketuk
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 sudu makan air asam jawa
1 biji tomato - belah 4 atau cincang
2 sudu besar kicap manis
Garam dan gula merah@gula melaka
Cara-cara
Tumbuk bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Masukkan tomato dan air asam. Kacau.
Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, daun salam, daun limau purut, serai, kicap manis. Masak sehingga kuah agak kering sedikit.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan gula merah secukup rasa.
Hidangkan dengan nasi hangat.
Untuk bumbu nih leh tukar dengan ayam, telur rebus dan ikan. (klu ikan, goreng biasa dulu)

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...