DAPUR KECIL KU

Isnin, 15 November 2010

TAT TELUR PORTUGIS

TAT TELUR PORTUGIS


MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)

Kulit puff pastry secukupnya

2 kuning telur

200 ml whipping cream

50 ml air

40 gram gula halus (resipi asal 55 gram)

1/2 keping keju chesdale, disiat2

1 camca teh esen vanilla

1 titik pewarna kuning



CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan whipping cream bersama gula dan air, kacau rata dan didihkan perlahan menggunakan api kecil. Kuning telur tadi dikacau. Tuang sedikit whippung cream suam, dan kacau pantas dengan whisk sehingga sebati.

Tuang bancuhan telur tadi ke dalam baki whipping cream, masukkan juga esen vanilla, kacau lagi dan masak hinga sedikit pekat, gunakan api kecil, masukkan keju yang telah disiat2 kecil, kalau hingga larut dan sejukkan.

Puff pastry dipotong mengikut saiz acuan tat, tekat kemas dah potong lebihannya. Buat hingga siap. Tuang 3/4 penuh dengan no. 2, buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, atau hingga kuning keemasan.

Sejukkan atas jaringan sebelum dikeluarkan dari acuan

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...