Ibu kepada kembar dan juga isteri kepada tukang besi.bekerja sepenuh masa dan part time suri rumah.punya minat dan hobi masak memasak.Pastrie's Delight juga bersedia menerima tempahan kek,apam polkadot dan juga brownies
DAPUR KECIL KU
Sabtu, 27 Ogos 2011
BISKUT CORNFLAKES
BISKUT CONRFLAKES
resepi dah lupa ambik kat blog mana sorry pd empunya resepi
Bahan-bahan ( boleh dapat satu balang kuih.. )
250gm butter (1 buku)
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
Papercup dan ceri untuk hiasan
Cara-cara
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan tepung dan cornflakes.
Sudukan kedalam papercup, hias dengan ceri dan bakar lebih kurang 20min
BISKUT OAT KURMA
BISKUT OAT KURMA
http://www.myresipi.com/top/detail/15615
Bahan-bahan ( banyak )
1 cwn mumbung gula icing(150g) / 1cwn rata gula halus(130g)
1 buku butter/ 1 cwn majerin (250g)
2 biji telur (buang skit putih telur yg kental/pusat dia. putih telur yg cair tu bleh la diambil kali ini)
2 1/2 cwn tepung gandum (250g)
2 cwn oats
1 sudu teh baking powder & 1/3 sudu teh soda bikarbonat - ayak bersama tepung
1/2 sudu teh esen vanila (jika suka. akk x bubuh)
25 bj kurma (jika kecil lebihkn) - dibelah 6 pstu dipotong 4 .
Cara-cara
putar butter & gula hingga sebati. masukkan telur & esen, putar 10 saat.
masukkan tepung berselang seli dgn oats, uli hingga mnjadi doh yg lembut. jika masih lembik, bleh tambah tepung atau oats lg. ingat, jgn terkeras, coz jap lg ia akn smakin mengeras..
campurkan pula kurma cincang, gaul rata.
ambil doh sebesar guli, bulat2kn, pastu leperkan skit. susun dlm dulang bersapu butter. cucuk la skit ngn garfu, di atasnya.. kengkonon nak buat corak la.. teehehe..
bakar dlm oven yg dah dipanaskn terlebih dulu, 150c.. hingga masak & garing.
bleh juga buat bentuk bujur, kurma tu juz di belah 4 @ 6, masukkan dlm doh tu. x payah digaul sekali. sdap sbb terasa lembut kurma tu bila menggigit biskut...
ALMOND LONDON
ALMOND LONDON
http://www.tiffinbiru.com/
BAHAN- BAHANNYA :-)
250 gram mentega
150 grqm gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
450 gram tepung gandum*
2 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
130 - 150 biji badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel, atau bakar dalam oven.
BAHAN SALUT :-)
400 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20-25 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. ATAU boleh juga celup sebiji almond london dan letak dalam paper cup. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!
CORNFLAKES MADU
Cornflakes Madu Berkacang
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan *sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan
1 cawan kacang tanah-goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)
4 cawan Cornflakes
1/2 cawan madu
1/2 cawan mentega
Papercups secukupnya
Cara-cara:
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.
Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.
Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara
TAT NENAS
TART NENAS
sumber: kak Anymz
bahan2 pastri
4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk
cara
Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.
Akak biasa buat *IZah guna readymade
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
cara
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
BISKUT COKLAT CHIPS
BISKUT COKLAT CHIPS
sumber: Kak Nor @ Secubitgaram
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips/dwi coklat
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
*black sesame
Caranya:
1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.
EDISI TAYANGAN BISKUT RAYA...YG TAK SEBERAPA
BISKUT DAHLIA
http://www.tiffinbiru.com/
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Jumaat, 26 Ogos 2011
APAM PUTRI AYU
Apam yg memang menjadi kesukaan ramai bkn dr segi rasa aje rupa pun ayu jugak.resepi ni dpt byk klu sape2 yg umah kecik dan org tak ramai buat setengah adunan pun ok rasanya
tersilap taip lah tp memang kat kg aku panggil apam ayu he..he..
APAM PUTERI AYU
Resepi: Rossitamz @ Azita
Sumber: SL aka Nina @ Sweetlily Kitchen
Bahan-bahan ( 40 biji - bergantung pada saiz acuan )
(*akak guna acuan lebih kecil, dapat kurang lebih 48 biji)
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula (*akak kurangkan kpd 270 gm je)
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
sedikit pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara:
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan.
Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan

BLENDED BUTTER CAKE
Salam..
Dah lama tak masuk n3 jd ari ni nak masuk n3 yg dah berminggu jugak aku masak ni.
Bukan tak nak masuk n3 tp memandangkan tenet kat opis ni slalu kena sekat2 jd aku pun dah mula malas nak masuk n3 dan juga klu masak pun malas nak posing maut mknan ku itu
BLENDED BUTTER CAKE
sumber: fida@myR
http://izahdaut.blogspot.com/
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
250 g mentega cair (guna yang berkualiti)
1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk
4 biji telur
1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
1 sk coklat emalco * saya tambah
Resepi utk ½ adunan
1 ¼ cawan tepung naik sendiri - ayak
2/3 cawan gula halus (boleh kurangkan)
125 g mentega cair (guna yang berkualiti)
2/3 cawan susu segar - dr peti sejuk
2 biji telur
½ sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
1 sk coklat emalco * saya tambah
Cara-cara
Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.
Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

Selasa, 16 Ogos 2011
KEK HUJAN PANAS
KEK HUJAN PANAS
by: RYO
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/07/kek-hujan-panas-nape-tak-sama-huhuhu.html
325 g butter/margerin
1 1/2 gelas gula
2 1/2 gelas tepung gandum
5 biji telur gred A
150 g seri kaya
50 g susu pekat manis
300 g kelapa parut
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.
Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
Pukul butter bersama gula hingga kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan serikaya,susu & tepung
Pukul lagi hingga adunan sebati,ketepikan
Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu
Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan,gaul sebati
Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan,tutup dengan aluminium foil
Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Potong apabila kek dah sejuk.
P/s : kalau malas nak carik kelapa tua,pi kedai beli kelapa parut yang dah kering tu pun boleh,cuma rasanya sedikit berbeza ler.
Diolah 1/2 Adunan
by: Kak Ummi
160g butter/margerin
3/4 cawan gula
1 1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur gred A
80 g seri kaya
25 g susu pekat manis
130 g kelapa parut
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.
sedikit esen vanila - kena letak next time
Cara membuat sama seperti diatas.

VIETNAMESE SPRING ROLLS
salam...
nak bersih habuk2 dlm umah ni dulu dah lama tak sapu ni
tak lama lagi nak raya.
klu gi mana2 pasaraya semua dah pakat pasang lagu raya dah
sumber http://rasamalaysia.com/vietnamese-spring-rolls-cha-gio-recipe/
Adapted from Inside the Southeast Asian Kitchen
Ingredients:
6 oz. ground fillet ayam
2 oz. small shrimp, minced
1 oz. crab meat, coarsely chopped
Some shredded carrots
1 oz. mung bean noodles/cellophane noodles/glass noodles – soaked in hot water for 30 minutes or until they turn very soft(soo hoon)
1 clove garlic, minced
1 shallot, minced
3 big dashes ground black pepper
1 teaspoon fish sauce
Salt to taste
1 small egg, lightly beaten (use only half)
Vietnamese rice paper
Method:
Chop the soaked mung bean noodles into shorter threads. In a bowl, mix the ingredients together to form a sticky filling.
To roll the cha gio, place a piece of rice paper on a clean, wet kitchen towel. Dip your fingers in a bowl of warm water and run them all over the entire rice paper to soften it. Place 1 heaped tablespoon of filling on the moist rice paper, fold the rice paper over the filling, tuck in the sides, then roll to form a cyclinder about 3 inches long.
Heat oil over medium heat in a wok or a large frying pan. When the oil is smoking, gently put in a few cha gio in the oil. Fry them slowly until they turn golden brown. Dish out and drain the excess oil by lining them over some paper towels.
Serve immediately with nuoc cham or roll it up with a fresh lettuce leaf and some aromatic herbs and then dip into the nuco cham.
Cook’s Notes:
For buying tips about Vietnamese rice paper, please refer to this article by Vietnamese cookbook author Andrea Nguyen. I used the 8 1/2-inch round rice paper.
Do not deep fry the cha gio on high heat because they splatter and most importantly, high heat causes the skin to bubble, break and burn. So patience is key, use medium to low heat during frying process.
You can get the nuoc cham (Vietnamese dipping sauce) recipe on my Banh Xeo post (another great Vietnamese recipe).
Cha Gio is also called Imperial Rolls in the United States, not to be confused with Summer Rolls
Rabu, 10 Ogos 2011
AYAM GORENG CAJUN BERSERAI
Salam..
Sudah hampir sepuluh hari kita berpuasa utk thn ini.entah dapat habiskan ke tidak puasa thn ni(klu org pompuan confirm tak dapat lah kan)
Semenjak puasa ni aku memang betul2 tak cukup masa utk buat segala benda kerja sama ada di rumah atau pun opis tp yg slalu keje terbengkalai kat umah ler sbb klu kat umah sape nak bising selain aku sendiri klu bos besar bising pun aku leh wat tak dengar aje kadang2 tu.tak pun membatu mendiamkan diri(leh ke gitu ~ jgn tiru yer nanti tak jd isteri mithali lak)
Sebenarnya aku nak meluahkan perasaan ni jd klu rasa bosan tutup aje yer jgn baca lagi
Seperti kebiasaan kat opis aku klu bila tiba bulan ramadhan staff2 kat sini akan dibawa berbuka kat mana2 hotel yg menjadi pilihanlah(biasanya mgmt akan cari burget murah ler tp tak kisah asalkan ada sudah rezeki jgn di tolak)jd aku pun terus aje confirmkan utk menghadirkan diri ke majlis berbuka tu.sebelum ni aku memang tak berkesempatan pun nak ikut sbb takde org nak jaga anak Cuma thn lepas aje aku Berjaya pujuk bapak nya utk jaga anak jd thn ni aku ingt sama lahkan itu sbbnya aku setuju aje masa mgmt tanya.tp tiba2 lak bapak budak ckp lain pulak sedangkan aku dah confirmkan tp tak apa aku akan cari jln lain he..he..Cuma aku tak puas hati bila kdg2 mintak tolong sang suami ambik alih sekejap tugas isteri ni dia org mcm rasa kita tak patut bg tugas tu pd dia org sedangkan kita blh lak buat tugasan dia org.Aku tak nafikan ramai juga suami2 yg mithali dan sanggup ambik alih tugas isteri tp isteri jgnlah naik lemak pulak yer(aku tau ramai yg ambik kesempatan bila suami baik hati) tp apapun kita ni mentimun dia durian buat mcmana pun kita tetap kalah tp aku tak nak jd mentimun asyik terluka aje jd aku nak jd mcm ratatouli(timun tau ha..ha..tak lut klu setakat calar sikit tu)
Ok dah lah aku mengarut kat sini tp sebenarnya suami ku ni memang baik mintak tolong apa pun mesti blh walaupun suruh masak tp bab jaga anak ni dia memang anti betul lah,korang nak tau nape sbb anak aku ni tergolong golongan yg nakal @ hyper active kdg2 aku jaga pun naik senak jantung Cuma aku selalu berpegang pd satu hadis~mengapa kita diduga kerana kita seorg yg kuat dan kita mampu hadapinya dan semakin kita di duga semakin byk dugaan yg kita hadapi tp kita mesti ingat hari ini kita susah ada lagi insan yg lebih susah.
Jom layan resepi yg aku masak seminggu sebelum puasa ni.
AYAM GORENG CAJUN BERSERAI
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
2-3 ketul peha ayam-(guna fillet aje)Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp rempah cajun
1 tsp serbuk jintan putih
Garam dan perasa(jika suka)
Serbuk cili(jika suka pedas)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara2:
Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan
* K.Nor guna 1/2 ekor ayam jd bahan2 tu kena ejjas2 la sket..

Ahad, 7 Ogos 2011
AYAM KALASAN BERSERI
Salam...
pg2 minggu dah tayang ayam pulak.takpe time ni org tengok tak terliur lg.iyelah baru aje sahur.
Dah lama jugak tak update n3 bukan takde resepi baru tp busy sgt kat opis tambah2 skrg ni staff cuma tinggal 2 org aje dulu bertiga skrg berdua sbb yg sorang lg tu dah resign maka bertambah2lah kebusyan(salah bahasa ni) insyallah esok baru masuk staff baru harap2 lama lah tahan nya.
Ok kita terus ke niat sebenar pg ni.dah lama simpan resepi ni cuma blm berkesempatan nak membuatnya.cuma smlm masa duk kemas2 kertas2 yg ku catat resepi terjumpa resepi ni(biasalah byk sgt dlm Q) tengok pun mudah dan bahan2 pun tak susah mana nak dpt jd aku pun meneruskan lah niat tu.jom kita tengok resepi yg aku ceduk dr dapur kak ummi kuantan yg sumber asalnya dari majalah jelita.tq semua ayam ni sedap jugak klu di ratah.
AYAM KALASAN BERSERI
Resepi: Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011
Bahan:-
4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
garam secukup rasa
1/3 cawan air
1 cawan kelapa parut
Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
2 sudu besar biji ketumbar
2 sudu besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah:-
5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup-guna yg serbuk aje
sedikit air
Cara Memasak:-
Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.
Nota(kak ummi): versi kak ummi
Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!

Langgan:
Catatan (Atom)