DAPUR KECIL KU

Sabtu, 29 Oktober 2011

COCO INDULGENT

Salam hujung minggu..


Nampak gayanya mcm update seminggu sekali lah pulak yer. Abis nak wat camana keje kat opis ni dgn tiba2 dtg dgn byknya. Ini pun curi2 update sbb klu tak update byk ler gambar yg entah bila punya xperimen duk berkumpul.

Skrg aku nak tunjukkan kek yg aku kira agak susah nak buat tp senang sgt nak mkn. Anak aku ckp kek ni mcm mkn eskrim. He..he.. apa taknya dgn coklat dgn fresh cream memang sedap sgt lah. N3 sebelum ni aku tunggu kek chiffon coklat yg kat atas tu aku Cuma curah dgn ganache. Sebenarnya kek ni aku buat 2 biji kecik utk satu adunan kek ni. Jadinya dptlah 2 biji kek kecik,jdlah utk kami yg isi rumah tak ramai ni. Kek yg aku curah dgn ganache tu kejap aje abis buat mlm esok nya dah licin. Tp yg ini lambat sikit abisnya hamper seminggu duk betapa dlm peti sbbnya takde sape nak mkn udahnya aku jugak yg perabih,heyy mcm mana tak tembam. Ok jom kita tengok resepi yg aku ambik dr dapur kak zuraini yg amat2 pemurah berkongsi segala resepi yg telah dicuba.tq kak zu,byk resepi yg sy berkenan kat dapur akak tu Cuma masa aje yg takde di tambah takde sape yg nak mkn.




Zuraini Alias


http://kakzusemanisgula.blogspot.com/

coco mousse a.k.a coco indulgent..



Chocolate Chiffon

Bahan A

30gm serbuk koko ..larutkan dgn 120ml air suam ( gune susu segar lagi sedap )

4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)

100gm gula kastor

130gm tepung naik sendiri

1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bicarbonate

60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung

1 tsp esen vanila

***kene putar gune high speed baru kek akan naik tinggi

Bahan B

4 biji putih telur

60gm gula kastor

1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.

2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.

3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara KAUP BALIK. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan..( KEK NI KKZU BELAH 2 AJE SBB UNTUK MAKAN2..KALO JUAL AKAN BELAH 3.. )

********************************

• CHOCOLATE MOUSSE

200 GM COKLAT MASAKAN

1 1/2 SUDU BESAR GELATIN

150 ML AIR

3 BIJI TELUR PUTIH

3 BIJI TELUR KUNING

300 GM WHIPPING CREAM

60 GM GULA CASTOR



**SUKATAN INI UNTUK 2 LAPISAN KEK..KALO UNTUK 4 LAYER MOUSSE KENE TAMBAH SUKATAN YE )

1 . PENYEDIAAN MOUSSE. MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT HINGGE 10 MINIT.BILE DH KEMBANG CAIRKAN GELATIN GUNE KAEDAH DOUBLE BOILER...KACAU PERLAHAN.

2 . CAIRKAN COKLAT MASAKAN DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOWL' (GUNA 2 PERIUK, 1 PERIUK LETAK AIR DAN 1 PERIUK LETAK COKLAT. PERIUK YANG ADA COKLAT NI, LETAK PULAK KE DALAM PERIUK YG ADA AIR. KEMUDIAN PANASKAN SEHINGGA COKLAT CAIR).

3 . BILA COKLAT DAH CAIR, PADAMKAN API DAN KELUARKAN PERIUK

COKLAT DARI PERIUK YG ADA AIR TADI. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT CAIR.MASUKKAN TELUR KUNING. KACAU SEHINGGE SEBATI DENGAN COKLAT TADI. BIARKAN SEKETIKE

4 . PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR X JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.

5. DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI BTK KRIM.



6 . SATUKAN BAHAN 3,4 DAN 5....KAUP BALIK AJE ADUNAN NI....LAPISKAN PADE KEK IKUT KREATIVITI MASING2 YE..

******MASE NAK SUSUN KEK KKZU GUNE LOYANG BASE BOLE BUKAK

Sabtu, 22 Oktober 2011

CHOCOLATE CHIFFON

Salam

Seminggu tak update
Dilanda kebusyan(ayat baru) kat opis ni
Bila dah nak hujung2 bln byk pulak report utk claim payment yg nak kena buat,klu awal bulan report payment yg dah buat. Hai mcm tu lah rutin setiap bulan. Agak2 bila dapat tukar keje lain. Skrg ni duk berangan,alangkah bagusnya klu ari2 aku tak yah gi keje. Jd surirumah aje tp surirumah yg ada profesion lah kononnn. Jaga anak 2 org pun dah riuh sekampung inikan nak keje dr rumah. Tp aku pernah gak merasa jd surirumah sepenuh masa lepas bersalinkan kembar. Alasan pertama aku tak keje adalah kerana factor gaji yg tak padan klu aku nak anto org jaga kembar dgn gaji yg aku dpt. Yg keduanya dulu aku keje shif klu pg masuk kul 9pg sampai kul 6ptg klu shif ptg lak masuk kul 1 ptg balik kul 11 mlm.klu keje mcm ni sah2 org jaga anak nak double punya byran kan. Dan yg penting aku dpt ikut saranan doc2 kat m’sia ni dgn menyusukan kembar dgn susu ibu. Alhamdulillah walaupun anak kembar rezeki susu mereka murah. Susu nya tak pernah abis sampai kadang2 aku kena perah sendiri klu kembar lambat minum. Citer2 pasal susu ni aku teringatlah kata2 adik ku walaupun dia hanya buat lawak tp aku rasa ada kebenaranya. Kenapa zaman skrg ni ramai sgt binatang berupa manusia kerana masa kecik bkn minum susu ibu tp minum susu lembut tu pasal tak jd manusia. Masa kembar umur 20 bln aku pun pisahkan susu ibu gantikan dgn susu lembu gak tak sampai hati lah tengok dia menangis nak susu dan skrg step utk dia lupakan botol susu pulak tak tau dpt ke tidak. Yg adik tu ranya bolehlah bila aku suruh dia minum susu guna glass aje yg kakak selagi tak dpt susu dlm botol dia akan melalak,aduhhh dugaan. Waktu nak lepaskan susu tu mama ku dah pesan awal2 katanya aku mesti kuat semangat jgn lemah,klu lemah memang tak jd buktinya adik aku lah sampaikan tak lepas2 lg susunya walaupun anak dah 2 thn. Sampai aku pun dah puas dah suruh dia pisahkan susu. Hai panjang pulak aku duk membebel. Almaklumlah dah seminggu tak update. Ok resepi pertama utk ari ni adalah kek chiffon yg dulunya aku paling2 takut nak buat sehinggakan aku mintak kakak sepupuku madiha tu utk ajar aku. Tp biasalah aku ni susah sikit nak sampai rumahnya tu kerana kat situ susah cari parking satu hal dan lg satu aku tegok mcm bukan Negara Malaysia lg kebanyakan nya foreigner aje tp tak pe kak long asalkan kita jaga keselamatan sudah kan. Dan kembar pun tak mau diam klu kesana kesian maklong nak mengemas.



Zuraini Alias

http://kakzusemanisgula.blogspot.com/

Chocolate Chiffon

Bahan A

30gm serbuk koko ..larutkan dgn 120ml air suam ( gune susu segar lagi sedap )

4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)

100gm gula kastor

130gm tepung naik sendiri

1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bicarbonate

60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung

1 tsp esen vanila

***kene putar gune high speed baru kek akan naik tinggi

Bahan B

4 biji putih telur

60gm gula kastor

1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.

2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.

3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara KAUP BALIK. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong

Note~resepi ini dpt saiz loyang 8'' cukup2 utk buat sebiji kek besar.tp aku dah bahagikan kepada 2 loyang.itu pasal kek aku kecik
sebiji aku wat mcm kat atas sebiji lg aku wat choco mouse.next n3 yer

best sgt2 kek ni. aku belah 2 dan layerkan dgn choclate putih.yumm..yumm sedap

Sabtu, 15 Oktober 2011

KEK LAPIS KEJU PERSONA

Disebabkan ramai sgt2 dan tersangat2 ramai yg dah memberi komen kata kek ni sedap giler makanya aku pun nak mencubalah akan kesedapan kek ni dan menambahkan lg spare tyre kat badan ni.he..he..adik ku yg kat rumah dah ckp dah nasib badan lah hidup aku ni ari2 asyik tengok kakak masak kek aje.kat kg kakak kecik masak kat KL kakak besar yg masak. Tp aku tengok dia mkn gak apa yg aku masak. Lain pulak aku nak citer yer. Ok balik citer asal,lepas aje aku gi dapur Diana-sky terusa tergoda tp tak ambik lg resepinya esok nya aku gi jln kat umah hasue kali ni dah tak tunggu dah terus salin resepinya.terima kasih lah kepada ryo yg sudi share resepi nit p dulu aku pernah gak terbaca resepi mcm ni.masa tu aku belum ada blog lg Cuma fp aje.entah rumah sape dah tak ingt tp aku ada lah print resepinya.dia guna cream crarker. Dan aku rasa resepi ni boleh aje guna resepi apapun yg pastinya memang sedap gilerrrr..tp buat ½ adunan aje sbb cheesenya memang setengah aje adanya.wat byk2 takde org nak mkn sbb cheff kureng gemar yg ada unsure cheese ni,dah byk kali aku perhatikan klu wat cheese cake memang dia tak geng.

kek aku nipis aje sbb buat separuh aje he..he..

Kek Lapis Keju Persona
Resepi:Ryo@ryoazhar.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2: (Saiz 9x9)-hasue buat separuh adunan dan guna loyang 5x7"

A:

2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)-kita guna disgetive
500 ml susu segar,dipanaskan

B:

500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong

jap lagi dah nak blk tp kat luar tu gelap semacam aje dah lah ari ni aku gatal nak naik kuda merah konon2nya nak santai lah

KEK PISANG GORENG

Salam


Hujung minggu yg moody sbbnya kena masuk opis.he..he..kan selonok(ayat kakak kembar) klu opis ni buka 5 ari seminggu aje.ini tak cuti nya ahad aje tp syukur lah dr tempat keje yg dulu kena keje shift dah tu cuti tak leh ari minggu. Kdg2 kul 11 mlm baru blk bila kena time shift ptg. Tp ada gak blk sampai kul 2 pg bila time stocktake.tp itu seme dah lama jd sejarah.skrg public holiday confirm ada cuti. Kira dah bagus sikit lah kan. Ari ni nak tayang kek pisang goring yg aku rasa salah satu resepi recycle lah,sbb nya terjadi kek pisang goring ni kes aku goring pisang yg di tabor gula tp tak abis mkn jdnya masuk dlm peti dulu simpan.bila nak mkn asyik lupa aje lepas tu teringat kat resepi kek pisang goring kek pisang goreng  kak long ku. langsung gi dapur dia cari resepi. Menurut kak long kek ni agak kering nak dibandingkan dgn kek pisang yg slalu dia buat mungkin kerana pisangnya dah digoreng itu yg jd kering jd aku dah modified lah resepinya jgn mareee yer empunya resepi sbb aku memandai ubah. Bkn apa utk menyedapkan unsur2 recycle ni he..he..jom tengok apa yg telah aku ubah



Kek Pisang Goreng
Resepi Asal : Kha Mytaste
Sumber : Mas Duniaku
copy http://mamawandiha.blogspot.com/2011/04/kek-pisang-goreng.html

Bahan :
* 250g pisang emas@ lain2 pisang (MaDiHaA guna pisang berangan)sama lah kita
* 4 biji telur
* 3/4 cawan gula castor (MaDiHa guna gula perang)gula putih aje
* 2 cawan tepung gandum ~ diayak
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonate
* 1 cawan minyak suam ~ guna minyak goreng pisang tadi.(guna minyak lain yg dipanaskan kejap dgn micro kan ke recycle mana nak cari minyak goring pisangnya)
* 1/2 sudu teh esen vanilla
# ½ cawan air
# 1 s/t overlate
# 1 s/t coffe paste
* Sedikit hirisan badam untuk taburan (ini MaDiHaA tambah)sorry I tak letak pun tp letak chocolate chip he..he..sedap

Cara membuatnya :
1. Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan sejukkan sebentar. Blend bersama minyak masak suam tadi.
2. Sementara itu, putar telur dan gula hingga kembang & putih. Dan juga overlate
3. Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan menggunakan kaedah kaup balik.
4. Akhir sekali tuangkan adunan yang dikisar tadi.bersama dgn air.kemudian bahagikan 2 bahagian.satu bahagian tuangkan dlm acuan dan separuh lagi masukan coffe paste gaul rata kemudian baru tuangkan keatas adunan td dna tabor choc chip. Masa masak bukan main semerbak bau coffe dan pisang dan amat2 lah sedap aku rasa kek ni. Hasil gabungan kopi dan pisang.
5. Tuang dalam acuan yang sudah digris dan dilapik baking sheet. Taburkan dengan hirisan badam dan bakar 160'c selama 40 min @ sehingga masak (bergantung jenis oven). -Mas dan HaSue bakar lebih kurang 30 minit sahaja pada suhu yg sama. MaDiHaA bakar lebih sedikit masa kerana MaDiHaA guna loyang loaf & kek agak tinggi

nota ~ kek ni bila dah sejuk akan nampak sedikit moist sbb guna overlate dan juga air.

Khamis, 13 Oktober 2011

KEK BUAH SEDAP

Salam


Nak buat tayangan basi pulak. Resepi kek buah yg aku buat open house tempoh ari. Mak aid ah sebulan baru nak update. Nok wat gane dok dang. Kek buah ni adalah salah satu kek peberet my lovely cheff. Dlm byk2 kek yg dia suka mkn dan suka suruh aku buat adalah kek karot dgn kek buah. Klu carrot cake tu slalu lah dia mkn sbb mcm senang sikit bini dia nak wat tp kek buah ni malas sbb slalu tak jd aje dan klu kukus mkn masa lama. Jd bini dia ni malas tu yg payah wat kek buah. Tq very much maklang muaahhh2..sbb sudi share resepi dan nak bg tau kek buah ni tahan lama klu kita simpan dlm peti sebulan pun blh tahan tau.(ikut my pengalaman yg telah terjadilah) jom tengok resepi pulak nak pelawa mkn,ari tu dah bg dah masa open house sape tak dtg tak dptlah.



Kek Buah Sedap
Sumber : mekarmewangi blogspot.com
http://maklangazie.blogspot.com/

Bahan
*380g susu pekat manis (mklang guna susu goldcoin)
*400g mixed fruit (mklang guna 500g)
*250g butter
*1 cwn air
2 bj kuning telur
3 cwn tepung gandum
1st b/soda
1/2 cwn orange juice

Cara

Masukkan sumer bhn bertanda * dlm periuk, masak atas api sederhana hingga susu dan butter larut sambil dikacau, ketepikan.
Sejukkan dlm fridge selama 3-4 jam(kita simpan semalaman)
Masukkan kuning telur dan kacau sebati
Ayak tpg gandum+soda dan masukkan dlm adunan tadi berserta dengan orange juice dan kacaulah hingga semua sebati menggunakan spatula
Masuk dlm loyang 9x9 dan bakar dengan api 160C selama 1 jam.,Jangan overcooked nanti kek jadi kering.

Nota maklang : kemanisan kek bergantung pd susu pekat yg digunakan. Mklang guna goldcoin jadi rasanya taklah terlalu manis, sedang elok tapi mixed fruit memang maklang lebihkan.
Kalau nak potong kek ni, seeloknya simpan dlm peti ais dulu, dah keras baru potong supaya cantik bila dipotong dan kek tak hancur

kek yg sgt2 sedap dan tak rugi mencuba kek ni tau.

Selasa, 11 Oktober 2011

PERCUBAAN 3D CAKE

Ini lah pertama kali wat kek 3D puas gak aku menilik mcm2 jenis kek yg ada dgn pakcik google dan kesudahannya ku wat yg senang dulu ia itu bola lg pun yg nak sambut besday pun boy.
kawan si kembar atiqah dan shafika. Si kembar rahmat dan rahman. minggu lepas besday dia org jd aku pun buatkan lah kek utk dia org. bila dah potong seme duk pakat nak mkn bola aje rumput seme tak nak.alamak budak2 ni

resepi buttercream yg guna telur putih tu.utk buat kek ni.agak byk adunan ni sbb sebiji kek tu pun tak abis guna jg klu nak wat utk sebiji kek yg tak besar buat 1/2 adunan dah cukup
Aunty Yochana Italian Meringue Buttercream

Ingredients:
200 gm. Sugar
60 gm. water
140 gm. egg white (><4eggs)
300 gm. butter (use voi)
300 gm. Margarine - buy the chilled block margarine (Marianne or Kake) - (I use sunnuntai margerine silver pack/shortening)

Method:
(1) Boil sugar and water till thick but flowy. (use candy termometer : untill 118c)
(2) Whisk egg white till fluffy (medium peak), then pour in the hot syrup (don't touch the whisk).
(3) Continue whisking the egg white till cool. (make sure it's cool !)
(4) Slowly add in the chilled butter and margarine and let it beat till thick and fluffy.

P/S :
1& 2 : use whisker
3& 4 : use 'K' beater
When you use colouring, if it's not blended well you have to put icing sugar in it & blend well.

Versi Melayu / Malay Version
Caranya:
1) 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy..lebih kurangla
2) Sambil tu masak sugar dgn air sampai 118c..yani ngelat, x de candy termometer sbb x jumpa kt sini. Jadi, yani tunggu sampai mengelegak tapi masih lagi cair la ...still runny
3) Tuang air gula panas tadi tu terus kedalam mixer yg masih bergerak tu. Hati2 jgn sampai terpercik kat muka.
4) Mixer tu teruskan 'whisking' sampai adunan tu sejuk dr td.
5) Tukar dai whisker ke K beater supaya senang pukul nnti.
6) Kmdn, baru letak butter dan marjerin yg sejuk & yg dh potong kecil2 sedikit demi sedikit kedalm mixer. Tamat

PANDAN EGG TART

Salam selasa..


Iyelah ari ni selasa kan?ke salah,klu salah tu blk umah tengok keleder yer

Minggu lepas aku nak try wat Italian Buterceam yg menggunakan telur putih jd telur kuning tu aku tak tau nak buat apa lepas teringat lah resepi tart pandan mat gebu yg guna telur kuning lg byk dr telur putih jdnya aku pun buatlah tart ni.sedap dan wangi aje masa bakar tu maklumlah ada pandan esen. Tp aku tak ikut sgt sukatan filling itu sbb nak abiskan telur kuning tu jd kenalah ejas2 sikit



PANDAN EGG TART

Sumber CMG

BAHAN - BAHANNYA :-)

100 g mentega

210 g tepung gandum

50 g gula aising

1/2 camca besar susu tepung

30 g telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan timbang)



BAHAN ISIAN :-)

1 kuning telur + baki telur yang 30 g tadi

60 g susu sejat "IDEAL"

30 g air

25 g gula halus

3/4 camca teh pandan paste

Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK PASTRY :- Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang. Masukkan telur, putar lagi hingga sebati. Masukkan susu tepung dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Rehatkan doh 20 minit. Ambik sedikit doh tadi tekan dalam acuan tat, kemaskan, buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.

UNTUK ISIAN :- Satukan semua bahan isian tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis bancuhan dan masukkan dalam jug bermuncung.

UNTUK PANDAN EGG TART :- Panaskan balik oven pada suhu 190C, tuang isian ke dalam kulit tat tadi hingga penuh, tapi berhati2 jengan meleleh ke tepi, nanti melekat dan tat tak boleh ditanggalkan. Bakar semula selama 20 minit hingga permukaan kastard nampak keras dan pastry kelihatan keemasan. Biar tat sejuk sedikit, baru dikeluarkan tart dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya

Isnin, 10 Oktober 2011

CHILLED PEACH CHEESE CAKE

Menu seterusnya hari ini ialah ciskek. Tergoda dgn sape pulak kali ni kak nor ke kak ita yer dah lupa entah2 org lain tp rasanya dr teratak impian, tp tak kisahlah kan janji kita kongsi ilmu ni sama2 yer. Resepi asal dari kak wan yg aku mula2 berjinak dgn dapur nya sekarang ni. Dia byk dapur adik badik sedara sepapat seme pandai masak2 tau. Tq atas resepi yg amat2 sedap ni dan amat marbeless giler.






Chilled Peach Cheese Cake

Sumber: Resepicitarasawan



Bahan Base

250gm digestive biskut – (jenama tesco)

100gm mentega cair



Adunan Krim Keju

250gm krim keju

90gm gula kastor

1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu

100ml sirap peach

1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur)

50ml air

1 sudu besar jus lemon

200ml anchor whip cream-tukar guna yougurt



Loyang 8" (Loose Base Tin)





Cara-cara :

1. Base : Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

2. Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang. Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut. Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata. Ketepikan.

3. Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon. Ketepikan.

4. Pukul krim cheese dan gula hingga rata. Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati.

5. Atur buah peach yang di dadu ke atas base, kemudian tuangkan krim cheese, ratakan. Sebagai hiasan atur hirisan buah peach di atasnya. Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.

6. Keluarkan dari peti sejuk, tuang lapisan jeli ke atasnya (jika suka) dan biarkan hingga jeli beku.


Lapisan Jeli

2 sudu besar Jeli segera-kita guna agar2 biasa aje

2 sudu besar gula

250ml air



Masukkan air, jeli segera dan gula, kacau rata dan didihkan. Biarkan suam sedikit baru di tuang ke atas cheese cake.

***Bolih juga guna agar-agar serbuk atau konyaku jeli,tapi ikut sukatan air pada peket nya.

KEK LAPIS STRAWBERI PANDAN

Salam


Hajat lama yg dah terpendam akhirnya menjadi kenyataan walaupun agak tak menjadi sbb tak pandai guna api tapi rasanya ok lah utk permulaan. Harap2 takdelah berkubur terus utk kek lapis ni. Bkn apa takut bila tengok bahan2 nak wat kek lapis tu terutama sekali telur tu kussss semangat tp bab mkn tu dah tak hengat dah telur melur main ngap aje sebab sedap kan he..he..lepas gi jenguk dapur kak ummi ari tu dan tengok bahan2nya tak susah sangat tu yg buat. Alhamdulillah menjadi Cuma bahagian bawahnya dah mcm hangus sbb lama sgt bakarnya.rupanya klu buat kek lapis bakar ni masa mula2 aje kena bakar guna api atas bawah bila masuk 2nd time guna api atas aje. Lepas tu melapis lah sampai abis hu..hu…itu lah sy budak baru belajar. Kek ni ok lah(mcm nak ambik ati sendiri aje) kembar dgn chef aje mkn tp kembar suka mkn yg putih aje perasa santan(aku dah tertukar warna lah).



KEK LAPIS STRAWBERI PANDAN

Resepi: Edazman

Sumber: Ummi @ Home Sweet Home
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-strawberi-pandan.html

Bahan-bahannya:
250 gm butter
120 gm Gula halus (akak letak 100 gm jek)
6 biji telur
120 gm Tepung Hong kong
1/2 s/b ovelete
100 gm jem strawberi
150 gm kaya
1 peket serbuk santan
pewarna merah jambu , hijau , kuning

Cara-caranya:
Pukul butter dan gula hingga ringan.Masukkan telur satu persatu...pukul rata setiap kali telur dimasukkan.
Masukkan ovelete dan pukul lagi.Masukkan tepung dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan jem strawberi dan pewarna merah jambu.
Bahagian 2 dicampurkan kaya dan pewarna kuning.Bahagian 3 dicampurkan serbuk santan dan pewarna hijau.
Alas dasar loyang 7" x 7" dgn kertas minyak yg disapu marjerin.Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar sehingga permukaan coklat muda.
Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning bakar .Selepas itu masukkan 3 sudu besar adunan hijau dan bakar.
Bakarlah selapis demi selapis sehingga habis

Jumaat, 7 Oktober 2011

LIGHT CHEESE CAKE

Ini pun projek smlm gak. Dah lama aku nak wat slice cheese cake ni. Dulu2 CMG suka tayang kek2 gini tp skrg CMG semcm merajuk aje yer ada aje yg terguris perasaan. Cik mat kita mintak maaf lah klu salah tulis yer tp jgn lah merajuk sbb resepi2 CMG slalu menjadi poojaan hati ku….


Cheff kat umah ckp tangan aku mcm org kena parkingson klu sehari tak wat kueh ke kek jd aku cuba lah seminggu tak wat kueh tiba2 aje cheff tayang takde kek ke nak mkn?haa baru tau bila tokey dapur mogok tak nak masak. Dah tu adik aku pun ckp angah blh tak esok beli atau buatkan kueh utk dia mkn sbb dah lama tak mkn kueh. See bkn salah aku klu aku suka masak he..he..aku bancuh kueh ni dah kul 10 mlm sambil2 layang terowong citer yg entah apa2 tu. Adik aku tanya aku nak wat kek apa,aku ckp lah ciskek dia pun bkn main suka lagi sbb dah lama dia mintak acik buatkan tp kakak dia sorang lagi tu slalu busy aje.jd bila dia dtg umah aku blhlah dia merasa air tangan ku ni. Adik aku dtg sbb nya nak jd asst chef yg skrg dah tukar jd enginnier pulak. Rezeki kembar nak skolah agaknya





SLICE CHEESE CAKE

sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

4-5 keping slice cheese

200 ml susu segar

70 gram butter atau marjerin

70 gram tepung gandum (diayak dahulu)

70 gram gula

4 biji telur saiz M

beberapa titik esen vanila



Cara:

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar

kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .

bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

tak sempat nak posing gambar sebiji sbb cheff tak sabar2 nak mkn kek. masa potong pun suam2 lg kek nya

UPSIDE DOWN PIZZA

Salam..
Dek tergoda dgn tayangan kak long ku makanya blk keje semalam aku pun buat lah. Memang sedap dan marbelesss sgt2 dan yg penting mudah mcm wat jemput2 aje he..he..lain kali metsi wat lg utk menambahkan lemak cheese kat badan ni. Disebabkan pizza ni sedap sgt aku kenalah masuk n3 ni dulu dgn memotong Q n3 lain he..he..eh klu nak wat bekpes pun blh sgt dan dgn terciptanya resepi aku dah mula terfikir nak cipta resepi sendiri jeng..jengg..tungguuuu..ok tak leh lama ni keje byk dah tu ambik halfday sbb nak daftar pra sekolah kembar. Harap2 dia org tu rajin gi sekolah nanti.



Upside Down Pizza
(loyang 9 x 9 inci)
Sumber : Tun Telani
Copy madiha


Dough
2 bj telur
1 cwn susu
1 cwn tepung(tambah 1/2 cawan lg sbb mcm cair sgt)
1 sb minyak
1/2 sk garam
*1/2 yis

- gaul sebati (guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
- sedia utk diguna

Filling
1 keping dada ayam- kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh-tak letak pun
2 sb tomato puree-guna sos spargetti kimball
1 sb oregano
1 sk paprika
*1 btg carrot di sagat
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

* Panaskan oven 180 degree.
* Letakkan filling dlm loyang.
* Tabur cheese atas filling.
* Curahkan adunan 'dough' kat atas. (MaDiHaA tabur cheese selapis lagi atas doh)
* Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
* Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...