Risau takut ada yg tak makan daging jd buatlah lauk ni sebagai tambahan lagipun nasi ni takde kuah mkn kering2 mcm tu.rasa mcm tak best lak nanti ada plak yg tercekik jd aku buatlah ayam ni.sedap ooo kembar suka tetamu suka bos besaraje jebik sbb dia memang tak suka spesis ayam masak merah jd aku dah siap2 asingkan ayam goreng berempah utk dia,selamat masuk perut dah he..he..resepi ayam ni aku tengok kat dapur dayang mcm terliur aje tengok jd dah set dlm kepala nak masak ayam ni.
dayangjack.blogspot
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
4 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
1 inci halia (ditumbuk)
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kunyit
2-3 sudu makan sos tomato
garam
3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
hidangkan panas2 setelah masak
1 ulasan:
kak idaa..wow nampak sedap tul ayam tu.. oo hubby tak sukke ayam merah, tapi nasib baik makan jugak ayam goreng kan..hehehe...
Catat Ulasan