DAPUR KECIL KU

Khamis, 25 November 2010

AYAM GORENG HERBA

Salam..
ni lauk dah lama masak ni klu tak silap 2 atau 3 minggu lepas tp tak sempat nak post kat sini yelah byk sangat benda nak wat.Tapi sebelum aku delete seme gambar2 dlm folder ni baik aku masukkan utk rujukan sendiri dan juga sape2 yg berkenan lah.Ayam goreng ni memang sedap ada ala2 mcm ayam masala pun ada bila dah goreng garing2 dgn bersalut rempah2 tu.kena lak dgn selera ku walaupun abah mula tengok dgn penuh tanda tanya lauk apa lah pulak ibu masak ni????
takpe janji perut kenyang kan.jom kita tengok hasil masakan ku dan semak resepi yg aku ambik dr dapur hana tu

AYAM GORENG HERBA

copy HANA
(Ibu buat tak sampai seekor pun jd pandai2 lah agak2 bahan2 tu yer)
Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai* - hana tambah lagi
2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa - hana tak letak gula

Minyak masak secukupnya.

Cara-cara
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan hidang

memang bestlah mkn dgn nasi panas2 cicah sambal belacan pehhhh berasapppp

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...