DAPUR KECIL KU

Isnin, 15 November 2010

HONEY MUSTARD PRAWN

Salam senin...blurrr aje aku ari ni keje byk tp tetap nak update gak sbb byk gambar sblm aku lupa baik masuk dulu sini

HONEY MUSTARD PRAWN


http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/10/honey-mustard-prawn.html

BAHAN-BAHANNYA :-)

15 ekor udang saiz besar

1 pokok kecik, daun ketumbar, hiris halus-tak letak sbb tak suka

2 ulas bawang putih, cincang halus

1/2 camca teh serbuk lada hitam

1 1/2 camca besar "english mustard"-guna yellow mustad aje

1/2 biji lemon, perah jusnya-ganti dgn limau nipis

2 camca besar madu

1 camca besar minyak zaitun

Garam jika perlu

15 batang kayu pencungkil gigi, rendam sekejap-skip malas lah



BAHAN ACAR KOBIS :-)-ini pun tak buat sbb dah biasa buat cuma nak rasa udang aje

1/4 biji kobis bulat, hiris halus2

1/2 biji bawang besar, hiris halus2 (kalau dpt bawang india yang warna merah gelap)

1/2 camca besar cuka makan

Garam dan gula secukup rasa



CARA MEMBUATNYA :-)

Udang dipotong muncungnya dan kakinya. Cuci bersih dan lap kering2. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 kecuali garam dan pencungkil gigi. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masukkan udang tadi, gaul dan perap 30 minit dalam peti sejuk.

Keluarkan udang. Cucuk badan udang tadi dengan pencungkil gigi, tujuan biar udang menjadi lurus masa dipanggang. Buat hingga siap. Panaskan non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak zaitun. Panggang udang tadi hingga berubah warna pada kedua2 bahagian dan udang masak.

Kemudian angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan saki baki bahan perap dan tambah sedikit air (anggaran 1/4 cawan) dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Ketepikan.

Letak acar kobis dalam pinggan sesuai, ratakan. Susun udang tadi dan curah dengan no.3 atas udang. Hidangkan segera. Pastikan anda mencabut pencungkil gigi pada udang sebelum dimakan


komen~aku tak suka rasa udang ni tp mkn gak sbb dah takde sape nak mkn

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...