DAPUR KECIL KU

Isnin, 8 November 2010

KEK LAPIS BATIK SUTERA

Tengok mak yung wat kek lapis aku pun teringin gak mengalahkan org ngidam tp dlm byk2 resepi kek lapis kek ni aje yg aku rasa mudah sikit so layan lah tp aku punya tak cantik lah takpe yg penting mknya sedap memang sedap lagi2 sape2 yg suka kacang2 tu memang sesuai sgt lah
jom tengok resepi mana tau kot2 korang pun nak layan sama ini resepi


KEK LAPIS BATIK SUTERA
Bahan2 (separuh adunan ):

220g mentega golden churn
90g gula halus
5 Biji telur-untuk elak bau hanyir,buang tali pusat telur dahulu
1/2 sudu makan ovellette
90g peanut butter(mentega kacang yg biasa disapu pd roti)
110g tepung gandum
1/2 tin kecil susu pekat manis-kali nih sue guna 5 sudu makan jer
1/2 penutup botol esen vanilla
Pewarna kuning dan ungu
Cara2:
Sediakan semua keperluan untuk memudahkan kerja membuat kek..Panaskan pengukus sementara mengadun kek ini. Loyang digris mentega dan ditabur tepung sekata.
Dalam bekas,masukkan mentega dan gula halus. Pukul sehingga kembang/putih.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul adunan pada kelajuan sederhana
Masukkan ovellette dan esen vanilla dan pukul sekata
Masukkan susu pekat manis,pukul lagi
Kemudian,ayakkan tepung gandum terus ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan kelajuan perlahan.
Kaup balik adunan supaya benar2 sebati menggunakan senduk.Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.
Salah satu adunan ditambah peanut butter,pukul sehigga bear2 sekata(kelajuan sedrhana) dan diwarnakan kuning. Yang satu lagi dibiarkan tanpa perisa dan diwarnakan ungu
Masukkan 1 cawan adunan kuning terlebih dahulu.Ratakan.
Dengan perlahan,menggunakan sudu makn..cedok adunan ungu ke atas adunan kuning.ratakan.
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 7-8 min*bergantung saiz pengukus n kekuatan api)
Apabila kek sudah agak masak,ulangi langkah 9 dan 10 td.
Kukus selama 1 jam. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...