DAPUR KECIL KU

Selasa, 26 Januari 2010

STIK IKAN


STIK TENGGIRI

Sumber : Senangnya Memasak...Ikan ( Chef Hanieliza)
copy rinnchan

BAHAN A:
2 bahagian ikan tenggiri (400gm)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar sos lada hitam (Rinn tambah yang ini...)

BAHAN B (SAYUR-SAYURAN IKUT SELERA): ibu tak buat pun
Brokoli
lobak merah
tomato
Sos lada hitam

CARA-CARA :

1. Bersihkan ikan dan toskan hingga kering.

2. Perapkan ikan dengan semua bahan selama 30 minit.

3. Bakar dengan pemanggang atau masukkan dalam oven hingga garing dan masak.

4. Hidangkan bersama sayur-sayuran dan sos lada hitam.

KEK LAPIS KUKUS SANDWICH LAPIS JEM



KEK KUKUS SANDWICH LAPIS JEM

sumber : chef zubaidah
copy mak lang

Bhn
3 biji telur B
1/2 sb ovalette
30g air
100g gula castor
100g tepung naik sendiri
20g susu tepung
30g minyak
1st choc.emulco gantikan dgn bluebery paste


Hiasan : jem (any flava) mklang guna blueberry jem ibu lak guna jem bluebery

Cara
Pukul telur + gula + ovallete + air = hingga pekat
Ayak tepung + susu tepung dan sebatikan adunan
Akhir sekali masukkan minyak dan kacau rata
Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan emulco.
Guna loyang 9x9, tuangkan semua adunan dan paipkan adunan coklat
Kukus selama 20'
Setelah masak, potong 2 dan sapu jem dan tindihkan ke atas kek.

Nota mklang : letak vanila skit bior wangi

Kukus api tecik, kalo api besor nanti kek komer berombak

COLEK NENAS


COLEK NENAS

Bahan2

1 cawan gula didihkan bersama

1 cawan air biarkan gula larut masukkan

1 sudu besar cili giling +

belacan +

sedikit garam +

sedikit cuka

masak sehingga betul2 pekat kemudian sejukkan dan sedia di gunakan jika suka waktu nak mkn tu blh tabur bijan atau kacang tumbuk

AYAM GORENG CENDAWAN SOS TIRAM



AYAM CENDAWAN SOS TIRAM

sumber madiha

Bahan2
8 - 10 ketul ayam (atau setengah ekor ayam bersaiz besar ) - dipotong kecil2 - bersihkan dan tos
5 s/b tepung jagung
3 s/b tepung gandum
lada sulah, sos tiram & kicap pekat secukupnya utk memerap ayam
1 tin cendawan butang saiz besar dalam tin - belah 4 atau dihiris2 ke 5 kepingan
1 btg carrot saiz kecik - potong memanjang atau saiz kesukaan
1 biji capsicum - didadu kasar
5 biji cili kering - bersihkan potong2 menjadi 1 inci panjang
1 s/b tepung jagung + 2 cwn air - dibancuh
5 s/b sos tiram (atau lebih)
1 s/b kicap pekat
1 s/b kicap manis
lada sulah secukupnya


Bahan2 Ditumbuk Lumat
8 - 10 ulas bawang putih
5 inci halia - hiris nipis dan tumbuk halus

Cara2 Memasak

1. Ayam di gaul dengan 1 s/b bwg putih+halia tumbuk tadi. Masukkan 5 s/b tepung jagung, 3 s/b tepung gandum, lada sulah, sos tiram & kicap pekat sket. Gaul rata dan perap sebentar.

2. Goreng ayam hingga masak. Jangan panik yer.. ayam bila dah kena goreng warnanya bertukar agak gelap. Tapi tu tak beerti ayam tu hangus. Sebenarnya itu adalah tindak balas warna tepung yg dah digaul sos tiram & kicap pekat tadi. Ok selepas menggoreng ayam.. boleh terus gorengkan cili kering tadi sebentar & ketepikan dulu kedua2nya.

3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumiskan bwg putih + halia tumbuk tadi hingga berbau wangi. Masukkan air tepung jagung tadi. Biarkan mendidih. Masukkan juga lada sulah, 1 s/b kicap pekat, 1 s/b kicap manis & 5 s/b sos tiram. (atau secukupnya)

4. Kacau rata kemudian masukkan carrot & cendawan butang. Biar kejap hingga carrot agak2 lembut.

5. Masukkan capsicum. Perlahankan api.

6. Last sekali masukkan ayam goreng dan cili kering goreng tadi sambil digaul rata dengan sos tadi hingga agak kering.

7. Rasakan masinnya.. biasanya tak perlu tambah garam sebab memadai dengan sos tiram & kicap2 tadi

Sabtu, 23 Januari 2010

KEK EDIBLE IMAGE


BLACK BEUTY CHOC CAKE

Utk mereka yg nak buat kek ekonomi ini lah dia resepinya.mudah senang dan sedap blh di cuba bila2 masa



BLACK BEAUTY CHOC. CAKE

Copy maklang
sumber : chef zubaidah

BHN A
2 cwn tepung gandum/superfine (mklang guna tpg gandum)
¾ cwn serbuk koko
2st soda bikarbonat
2st b/powder

BHN B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan
1 cwn air panas suam
1sb emulco
3 biji telur

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah
Guna loyang 8x8

Topping Jimat :
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (mklang guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau

Jumaat, 22 Januari 2010

POTATO BREAD


ROTI BAWANG DAN KEJU


PAU


ROTI BLUEBERY


MULTI SEEDED BREAD


LIGHT WHOLEMALE


STRAWBERY CHEESECAKE





STRAWBERY CHEESE CAKE

CAREMEL CHEESECAKE
Copy Myresipi-Yani

Bahan-bahan ( 18cm )


Krim
250g cream cheese - suhu bilik
3 biji telur
1cwn(200ml) sour cream
1cwn(200ml) fresh cream
120g gula
2 sudu besar corn starch
beberapa titik vanila esen

Lapisan bawah
100g biskut marie/ graham cracker
50g butter(cairkan)

Caramel
1/4 cwn(50ml) fresh milk
80g gula

Cara-cara
1.Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
2.Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
3.Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
4.Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
5.Tuangkan krim ke dalam loyang. dan bakar selama 30 min kemudian letakkan karamel di atas cream tadi.
6.Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.

PANDAN BUN DENGAN INTI KACANG MERAH


PANDAN BUN

Copy mamafami
Ingredients :
400g strong white bread flour
2 1/2 teaspoons instant yeast
1 teaspoon salt (level)
50g margarine ~ melted
70g - 80g sugar
1 egg
100ml fresh milk ~ lukewarm
110ml pandan juice ~ lukewarm
1 tablespoon fresh milk ~ to brush on the buns before baking
1 teaspoon melted margarine ~ to brush after the buns are out of the oven

inti kacang merah-ditambah jika suka
Method :
1. Mix flour, yeast, salt and sugar in a big bowl.
2. Make a hole in the middle and pour in the melted margarine, fresh milk, pandan juice and egg.
3. Mix well. Knead for about 15 minutes till a smooth (doesn't stick to your hand) and elastic dough is formed.
Note :
this dough maybe a bit sticky in the beginning but NEVER add flour
4. Make the dough into a big ball and place it in a greased big bowl. Cover the bowl with cling film and place it at a warm place to prove for 1 1/2 to 2 hours till dough doubles its size.
5. Divide the dough into 50g - 60g balls and place them in a baking tray lined with grease paper or on a greased pan. Do not put them far apart so that when they are baked, the buns will stick to each other.
6. Cover the baking pan with cling film for 1 hour or until the dough doubles the size.
7. Brush the buns with fresh milk.
8. Bake in a pre-heated oven at 190 - 200 C for 15 to 20 minutes or till golden brown.
9. Remove from oven and brush with melted margarine.
10. Let it cool on a wire rack covered with a clean towel to get a soft crust.

KERANG SAMBAL AIR ASAM



Resepi kitar semula jika ada sesiapa yg tak abis ais asam blh lah cuba resepi cuma rebus dahulu kerang kemudian masukkan kedlm kuali bersama dgn air yg tak abis tu kemudian masak sehingga kering.sedap jika di mkn dgn nasi panas

Khamis, 21 Januari 2010

MULTI GRAIN BREAD


SOFT BUTTER BUN



Soft Butter Buns


Sumber FP Zai, tq Zai kongsi resepi....

COPY http://mamasya.fotopages.com/?entry=1474510&back=http://mamasya.fotopages.com/?page=0


Ingredients

250g high protein / bread flour

50g superfine flour

50g castor sugar

1 tsp salt

2-1/2 tbsp milk powder

1-1/2 tsp instant yeast

1 small egg

30g butter,room temperature

140ml water

- saya tambah secubit bread improver


Glazing:

1 egg, lightly beaten -saya tak letak

Melted butter,for brushing

METHOD:



Combine all ingredients except butter and knead till a dough is formed. Add

butter and continue kneading till a smooth,soft and elastic dough is formed.

Prove the dough for abt 2 hour. (saya biarkan 3 jam)

After first proving, knead the dough lightly and divide the dough into small

even sizes.- saya dpt 11 biji (50 gm setiap satu doh kecil)

Rest for 10 minutes.(at this stage you can add filling of your choice..)

Place buns in a greased and floured square tin and prove until double in size.

Preheat oven at 200 degC.

Brush buns with egg wash and bake for about 15 minutes or until brown.

Remove from oven and brush with melted butter. Cool buns in tin for 5 minutes

before turning out onto a wire rack

ROTI SIPUT



ROTI SIPUT

copy mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
190 ml air
60 g whipping cream (boleh ganti dgn susu cair)
80 g gula halus
11 g instant yeast (mauripan)
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
60 g mentega
Sedikit gula halus untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 20 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 tadi dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON". Biar hingga siap menguli (30 minit) dan perap 10 minit. Keluarkan doh dan ikut langkar seterusnya.


UNTUK ROTI SIPUT :- Doh tadi ditumbuk untuk membuang udara. Bagi kepada 16 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil satu bahagian, canai memanjang dan gulung. Kemudian canai gulungan tadi dan gulung sekali lagi. Kerat2 dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan mentega (dalam gambar mat guna ramekin, 3 potongan untuk 1 ramekin). Buat hingga siap dan biar 45 minit. Tabur sedikit gula halus dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.....

Jumaat, 8 Januari 2010

AYAM KUKUS


MENU DIET

2 KETUL AYAM
2 INCI HALIA
5 ULAS BAWANG PUTIH
3 SUDU BESAR SOS TIRAM

GAULKAN KESEMUA BAHAN KEMUDIAN KUKUS SEHINGGA MASAK BLH CAMPURKAN SEKALI MANA2 SAYUR YG DI SUKAI

CARROT JUS



2 btg carrot
susu pekat secukup rasa
air sejuk 2 gelas
ais
blend carrot dgn air kemudian tapis dan campurkan susu serta ais sedia di minum

MEE KARI


MEE KARI

MEE KARI


1 biji santan

1 kerat kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

sedikit buah keras

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1 senduk rempah kari

200 g isi ayam

1 kilo kerang

1 pack fish cake

1 pack fish ball

1 pack kecil tahu goreng

200 g udang basah(tak bubuh tak ada stock)

minyak utk tumis

Daun kari

garam,gula &perasa

mee kuning

sayur -sawi,kacang panjang & taugeh



Tumis dulu kulit kayu manis& buah pelaga kemudian masukkan bawang mesin&buah keras kacau sebentar kemudian masukkan rempah kari kacau tambahkan sedikit air supaya tidak hangit.biarkan rempah garing.masukkan daun kari biarkan sebentar.masukkan ayam kacau kemudian boleh masukkan air biar ia reneh sekejap baru masukkan santan.tunggu sampai kuah pecah minyak baru masukkan kerang,udang,fish ball,fish cake dan tahu.masukkan garam gula dan perasa.renehkan sebentar.sedia di hidang taburkan sedikit bawang gorenglag ngam rasanya

sayur dan mee celur dahulu.jgn campur dlm kuah nanti cepat basi ok

KRIMPUFF


KRIMPUFF

Order dr amira terima kasih amira klu lain kali rasa nak mkn krimpuff lagi blh order dgn akak ya

HARGA 1 KOTAK RM15.00 (30 BIJI)

CHOCOLATE BANANA CAKE & VERY MOIST BANANA CAKE



CHOCOLATE BANANA CAKE
RM25.00 ++




VERY MOIST BANANA CAKE
RM25.00


kedua-dua kek di atas telah di order oleh en.Jalil bos tempat kerja ku terima kasih en jalil lain kali order lagi ya.

Khamis, 7 Januari 2010

EASY BAKE MACARONI



Sumber/copy  Myresipi-mutiarazura

Bahan-bahan ( 6 orang kot )

500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang- dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)

Secubit lada hitam dan garam
Cara-cara 1.Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan. 2.Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan. 3.Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati. 4.Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula. 5.Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau. 6.Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan. 7.Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar. 8.Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api. 9.Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih. 10.Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas. 11.Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm

Olio Spargetti


Spagheti Oleo


Sumber : KakAmal.FP
copy fp jasmeen
1/2 bungkus Spagheti - rebus hingga masak & lembut (toskan & gaul dgn sedikit myk spy x melekat)
1 labu bawang besar - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
Sedikit lada hitam
4 sdb rempah kari - bancuh ngan sedikit air
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
1/2 bungkus daging cincang (lbh krg 250gm)
1 labu Brokoli
Carrot
(Apa2 Sayur yg nak humban lam tu pu n bleh ..)
Sosej
Minyak Zaitun utk menumis...(guna jer myk msk biasa)
Garam & serbuk perasa seckup rasa

Cara :-
>> Panaskan minyak masak...& tumis bawang2 yg telah dimayang hingga layu
>> Masukkan rempah kari...& tumis sehingga pecah minyak.
>> Than masukkan daging cincang...gaul rata, sehingga daging masak.
>> Tambah kan sos cili & sos tomato..gaul rata.
>> Masukkan sosej & carrot....tggu hingga msk
>> Masukkan spagheti & gaul rata.
>> Akhir sekali, masukkan brokoli....(kene masuk last sekali, sbb x mo sayur jd lembik)
>> Siap...

AYAM GORENG BUTTERMILK



AYAM GORENG BUTTERMILK
Sumber Mommamia kat MyR
copy ummizaihadi

Bahan-bahan ( 4 orang makan):-
1 ekor ayam potong 8
1 cawan buttermilk (akak substitute 1 cawan freshmilk + 1 sb. limau nipis, kacau n biarkn 10 minit baru guna)dan ku tambah lagi 1/2 cawan tairu
1 cawan tepung gandum - guna tepung gorengan serbaguna
1 1/2 sudu kecil garam ( nak masin tambah lagi)
1 sudu besar paprika
1 sudu besar garlic powder ( kalau takde, perap ayam guna 4 ulas garlic ditumbuk)
1 sudu kecil black pepper
Minyak yang cukup untuk deepfry.

Cara-Cara:-
Perapkan ayam dengan buttermilk 1 jam. Kalau semalaman lagi sodap la..(make sure ayam tuh kering..tak berair2)
Campur semua bahan2 lain dalam plastic bag.Kalau ade yg ziplock tu lagi senang keje. Seal/Ikat pastu goncang2 sket.
Masukkan ayam 2 ketul dlm plastic bag tepung dan goncang2 utk salut. Ulang untuk semua potongan ayam. Jgn letak semua sekali ayam dlm bag tu.Susah nak goncang dan tak rata sangat.
Keluarkan ayam2 yang telah disalutkan dan biar seketika (dlm15 min) Sambil tunggu, panaskan minyak.
Make sure minyak betul2 panas dan gorengkan ayam tuh sampai golden brown.Api kecik je,sbb nanti garing sgt tapi dalam tak masak. ( biasanya dalam 15 - 20 minit).

Serve dgn coleslaw ngan mash potato cam kat kfc tu kalau rajin nak buat! 

RENDANG PEDAS REMBAU


BAHAN-BAHANNYA :-)

1.8 kg ayam kampung, dipotong sederhana besar(guna ayam biasa aje)
2 inci halia + 5 ulas bawang putih = ditumbuk halus
500 ml pati santan*
2 liter santan cair*(*dari 2 biji kelapa)
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 helai daun limau purut (optional)
1 camca besar gula melaka
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 inci halia tua*
1 inci kunyit hidup*
15 batang serai, hiris halus*
2 genggam cili padi hijau*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
Sehari sebelum memasak rendang, ayam tadi dicuci bersih, cucuk2 dengan garfu dan perap bersama halia + bawang putih tumbuk dan sedikit garam. Simpan dalam peti sejuk.
Dalam kuali, masukkan ayam tadi bersama bahan kisar halus, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam sedikit kecut. Tuang santan pekat dan juga santan cair. Kacau rata dan biar mendidih.
Bila kuah pekat. Tambah kerisik, gula melaka, daun limau purut (optional), garam (yang ni kena jaga2, kalau tak rendang jadi masin bila kering) dan asam gelgor. Kacau rata, dan terus memasak hingga rendang hampir kering.
Jika ayam masih belum lembut, tambah air panas secukupnya dan terus memasak hingga ayam lembut. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan boleh diangkat.

KAEDAH MEMASAK MENGGUNAKAN "PRESSURE COOKER" :- Masukkan ayam, bahan kisar halus, daun limau purut (jika guna) dan sedikit garam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang pati santan dan tambah sedikit lagi santan cair (jangan isi banyak2 santan, cukup sekadar menutup ayam tadi). Kacau rata dan tutup periuk tekanan. Didihkan hingga bunyi "berdesir" kedengaran. Kecil kan api dan terus memasak 20 - 25 minit. Kemudian angkat periuk tadi dan letak bawah air paip mengalir untuk menyejukkan periuk. Bila tiada lagi bunyi desiran, buka periuk dan alihkan ke dalam kuali. Masukkan kerisik, asam gelugor, gula melaka dan sedikit lagi garam jika perlu. Masak seperti biasa hingga rendang kering. Tambah hirisan daun kunyit, gaul rata dan boleh matikan api. Kering atau lembap rendang tadi terpulang pada citarasa masing2.....Lagi satu, teknik penggunaan "pressure cooker" bergantung pada jenis periuk yang anda miliki..

KEK SARANG LEBAH

Ini adalah percubaan yg pertama seumur hidupku.suka mkn tp tak pandai buat jumpa resepi dr mat gebu so cubalah tp kurang puas hati sbb tak berapa naik atau bekas yg kugunakan terlalu besar entahlah.....rasanya juga agak manis



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

tapi tetap lembut ...sedap...

Rabu, 6 Januari 2010

PIZZA DOUGH



Pizza Dough for Thin Crust Pizza (Altered)

sumber mamafami

Ingredients :
3 cups all-purpose flour (may substitute whole wheat flour for 1 cup of the all-purpose)
8g dry yeast
1/4 teaspoon salt
1 cup warm water
1/2-1 tablespoon olive oil
cornmeal, for sprinkling (i omit) - tak letak pun

Directions :

1. Mix a little sugar into the warm water.
2. Sprinkle yeast on top.
3. Wait for 10 minutes or until it gets all foamy.
4. Pour into a large bowl.
5. Add flour, salt, olive oil.
6. Combine.
7. Knead for 6-8 minutes until you have a moderately stiff dough that is smooth and elastic (add a bit more flour if you need to).
8. Cover and let rest for 20-30 minutes.
9. Lightly grease two 12-inch pizza pans.
10. Sprinkle with a little bit of cornmeal.
11. Divide dough in half.
12. Place each half on a pizza pan and pat it with your fingers until it stretches over the whole pan.
13. Try to make it thicker around the edge.
14. If desired, pre-bake at 425 F for 10 minutes (I don't always do this).
15. Then spread with pizza sauce and use the toppings of your choice.
16. Bake at 425 F for 10-20 minutes longer or until bubbly and hot.
17. Makes 2 12-inch pizzas.
18. If you don't want to use all the dough, you can freeze it.
19. Take a portion of dough, form into a ball, rub olive oil over it and place it in a freezer bag (the oil makes it easier to take out of the bag).
20. When you want to make a pizza, take dough out of freezer and allow to thaw before using.

BASIC MUESLI SLICE


PROMOSI..PROMOSI SATU BALANG HANYA RM22.OO SAHAJA BOLEH ORDER SEKARANG HANYA CALL 019-9543616

EGG BENEDIT


EGG BENEDIT

KESKUL

Sajian pemanis mulut Timur Tengah


KESKUL
Sumber mingguan wanita

Bahan-bahan
500 ml susu segar
10 g tepung jagung
100 ml gula
secubit garam saya tambah
almond flakes

masak kesemua bahan di atas dapur sambil di kacau sehingga pekat kemudian masukkan almond dan kacau kemudian mauskkan kedalam bekas dan sejukkan selama 3 @ 4 jam di dalam peti sejuk

KEK PISANG LEMBAB

Kalau ada pisang yg tak abis mkn @ pisang dah lebu boleh buat kek pisang lembab ni memang sedap tp utk resipi ni rasanya perlu kurangkan sukatan gula yg agak manis bagi ku



KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)



KEK PISANG LEMBAB
Sumber bro rozzan
copy Kmal Fp
Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 300 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder

Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut -saya guna walnut+coklat rice

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Nota : Kali ini saya cuma tambahkan ganache topping kat atas kek tu dan ditabur dgn kacang hazel
 

Selasa, 5 Januari 2010

KEK BLUEBERY(ADAPTASI KEK STAWBERY)



Resipi Kek Strawberry


Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)

5 biji telur gred A

125 g tepung gandum*

1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)

75 ml minyak jagung/sayur

160 g gula halus

15 g ovallate

2 camca besar susu segar

1 camca teh strawberry emulco-guna bluebery paste

Bahan Lain

Krim putar secukupnya

Strawberry pie filling (kite ganti dengan jem strawberry je)

Strawberry segar secukupnya

Coklat rice ( kite guna badam hiris)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.

3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.

4. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.

5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.

6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak.

7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2…Selamat mencuba



KOLEH KACANG HIJAU




KOLEH KACANG HIJAU

Bahan-bahan
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan air @ santan cair
Gula melaka mengikut kemanisan masing2

Cara2
masukkan kesemua bahan dlm kuali dan kacau sehingga sebati kemudian buka api dan kacau sehingga bancuhan tadi pekat dan melekat pd sudip.kemudian alihkan kedlm loyang biarkan betul2 sejuk barulah potong.
sedap jika di hidangkan dgn tahi minyak


Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...