DAPUR KECIL KU

Isnin, 25 Oktober 2010

CINNAMON ROLL

ni pun aku wat smlm gak sambil2 bancuh cekodok aku suruh BM aku uli roti ni memang best aku suka roti dan rasanya dah byk kali wat.resepi nanti lah aku cari dulu kat folder mana entah duduk nya.Buat pg tp mkn mlm he..he..sambil2 tengok berita sambil mkn roti ni minum teh.kita org waktu mkn nasi jarang waktu mlm selalunya sebelum maghrib sbb tu bila mlm2 kena masak2 mcm ni.sekali hadap aje roti ni yelah bukan byk pun.kembar pun bukan main suka lagi sbb aku letak mix fruit.

CINNAMON ROLL

sumber-dah lupa tp rasanya ros jintan manis

Bahan-bahan
200 gram tepung roti
4 gram dry yis or yis mauripan ( jgn lupa perap ngan air, tepung n gula sikit ye biar sampai berbuih)
air suam 86ml
1/2 sudu kecil garam
gula 30 gram
butter or marjerin 30 gram
sebiji telur kuning
klu ade pelembut roti leh letak sikit

utk inti
sedikit serbuk cinnamon
2 s/b gula perang klu takde gula putih pun leh
sedikit kismis hitam -gantikan dgn mixed fruit

1.mula-mula perap lah yis tu dan sediakan bahan yang lain
2.satukan semua bahan dan curahkan yis yg telah diperap tadi
3.uli hingga licin dan perap hingga 2 kali ganda, lebih kurang 60 minit lah...bila dah naik tu, tumbuk2 adunan dan uli sekejap.
4.terap adunan tadi tp jgn nipis lah...terap memanjang bentuk segi empat panjang ...tabur cinamon dan gula biar rata dan akhir sekali tabur kismis hitam, gulung doh tadi hingga jadi selinder panjang
5.selepas itu boleh dipotong 8 bahagian dan atur dlm loyang bulat, biar naik 2 kali ganda baru dibakar pada suhu 180 darjah selama 20 hingga 23 minit ikut keperangan roti tu lah...
6.bila dah angkat tu terus glis ngan butter atas dia, biar berkilat sikit n sejukkan atas redai dan bila sejuk, masukkan dlm plastic dan simpan dlm tuppaware utk mengekalkan kelembutan roti tu ye..

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...