DAPUR KECIL KU

Sabtu, 23 Oktober 2010

KEK GULA HANGUS


Akhirnya aku berjaya seperti mat gebu gak,ini adalah percubaan kali ke 3 klu tak silap aku.pestime buat guna resepi mat gebu 2nd time buat guna resepi shieda dan 3rd time guna resepi kak nor ganu.jd aku kira kena ikut org ganu gak ler.lain kali aku mintak resepi mama lak.sbb dulu mama wat jual gak kueh ni dan resepi nya tak perlu peram.T.Q very much seme mereka2 ini yg dulu2 tu bkn resepi salah tp aku yg tak reti kot.jd layan resepi dr kak nor ni.

KEK GULA HANGUS
sumber kak nor secubit garam

Bahan-bahan
125gm butter(tukar guna majerin)
4 bj telur A(ada telur saiz B jd letak 5 biji)
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula(kurangkan buat 1 cawan aje)
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara
Cairkan butter dan biarkan sejuk.

Goreng gula hingga hancur dan masukkan  air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.(guna loyang bulat aje)
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2


updated:Nota dr sifu-sifu
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

ni ler yg aku buat smlm,nampak rupa tak lawo tp mkn sedap bkn puji diri sendiri tp kenyataan kih..kih..

1 ulasan:

zilazaini berkata...

pegi dapur lama tadi, rupanya kek gula hangus kat dapur baru..
waah.. bnyak lubang dia ya..
1st time dgr kena peram. kita mintak izin nak copy yaa..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...