DAPUR KECIL KU

Jumaat, 8 Oktober 2010

MATCHA MARBLE CAKE

MATCHA MARBLE CAKE

MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
140 g mentega
2 biji telur gred A
120 g gula halus
120 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
60 g serbuk badam
2 camca besar serbuk teh hijau (mat guna 1 camca besar je..hehehe, jimat u!)
2 camca besar air panas

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan serbuk teh hijau dengan air panas dan kacau rata hingga menjadi paste. Satukan tepung yang diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan.
Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga adunan kembang.
Pada speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Cedok keluar 1/3 adunan dan bancuh dengan paste teh hijau, kacau hingga sebati.
Dalam tin yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas, tuang adunan kosong dan diikuti adunan teh hijau, pusing dengan chopstick untuk mendapat kesan marble.
Bakar 180C selama 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

1 ulasan:

Deliah's Deli berkata...

salam ida...rajen tol dia...berderet2 kek...sy wat yg pisang tuh..sedap!! ;p~

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...