DAPUR KECIL KU

Khamis, 21 Oktober 2010

APPLE CRUMBLE BARS

Dah lama aku tengok resepi apple crumble bars ni tp tu lah nak buat tak terbuat2 lagi lah.Tp minggu lepas bila tengok hana buat lagi aku pun dah tak tahan terus buat gak so ni ler hasilnya.kembar ckp sedap lah buuu..so sape2 nak tau rasanya kenalah cuba memang sedap nak2 klu mkn baru masak garing2 sedapnya tp hana ckp sedap mkn sejuk,tak kisah lah atas citarasa masing2.so layan resepinya

APPLE CRUMBLE BARS

copy HANA

Bahan-bahan
Utk Crumble *loyang 18cm
150g tepung gandum -aku tambah lagi 50g nak bg lebih crumble he..he..
50g gula
110g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam

Utk Inti
3 biji epal - kupas dan potong dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon

Cara-cara
Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan. (boleh masak sebentar atas kuali jika suka)
Alas loyang dengan kertas baking supaya senang nak keluarkan.
Ambil separuh dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang. Cucuk2kan dengan garfu kemudian bakar sekejap dlm 10minit.
Masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an. Sejukkan kemudian potong bar atau ikut suka.
Siap dihidang. Kalau suka makan sejuk, masukkan peti ais terlebih dahulu

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam...Tak Pernah Rasa Ni...

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...