DAPUR KECIL KU

Khamis, 28 Oktober 2010

FIRECRACKER SHRIMP

terliur tengok hana mkn udang aku pun wat gak ler.tak sangka plak sedap seme berselera mkn kena plak aku masak nasi goreng tom yam.memang ngam lah

FIRECRACKER SHRIMP

copy HANA

Bahan-Bahan
20 atau 25 ekor udang besar, dibuang kulit dan dibersihkan
15 keping kulit popiah (jenis eggroll/springroll) dilipat dua atau potong segitiga
minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Perap
1 sudu kecil bawang putih yang dicincang halus
1/2 sudu kecil halia yang diparut -tak letak rasa mcm tak sedap aje klu letak
1/2 sudu kecil minyak bijan (sesame oil)
1 sudu kecil kicap
1 sudu kecil sweet chili sauce
1 sudu kecil tepung jagung

Bahan Untuk Gam(skip yg ini sbb guna air aje wat gam nya)
1 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan air, digaul rata bersama tepung jagung tadi (untuk dijadikan pelekat pada kulit popiah)

Cara-Cara
Dalam sebuah mangkuk gaul rata bahan pemerap sehingga 20 minit.
Setelah itu keringkan bahan yang diperap tadi bersama paper towel. Ambil 1 ekor udang tadi dan gulungkan bersama kulit popiah. Kemas dan lekatkan bersama bancuhan tepung jagung.
Goreng dalam minyak yang panas dalam angaran 3 minit atau sehingga kekuningan. Siap dicicah bersama sweet cili sauce

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...