Ibu kepada kembar dan juga isteri kepada tukang besi.bekerja sepenuh masa dan part time suri rumah.punya minat dan hobi masak memasak.Pastrie's Delight juga bersedia menerima tempahan kek,apam polkadot dan juga brownies
DAPUR KECIL KU
Khamis, 8 Julai 2010
KUEH LIPAT
KUEH LIPAT
Bahan Untuk Kulit:-untuk 6 ketul(ibu dpt 5 ketul aje)
·1 cawan tepung gandum
·1 cawan air
·1 biji telor
·sedikit garam
Cara Menyediakan Kulit:-
1.Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
2.Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
3.Masak dengan api perlahan.
4.Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap
INTI KENTANG
Bahan-bahan
2 biji kentang yg besar di potong dadu
1/2 cawan daging cicang
1 labu bwg besar di cincang
1 peket kecil rempah kari babas
minyak utk tumis
air secukupnya utk lembutkan kentang
garam dan perasa
panaskan minyak tumis bwg sampai layu masukkan rempah kari bila rempah dah garing masukan daging cincang biarkan daging masak masukkan kentang dan jugak air,garam dan perasa.masak sehingga kentang empuk dan sambal inti kering air.sejukan dahulu baru di gunakan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan