DAPUR KECIL KU

Sabtu, 31 Julai 2010

KUEH LOBAK PUTIH

KUEH LOBAK PUTIH


copy mamawandiha.
Sumber : Resepi yg telah diubah suai oleh Kak Rusnah http://kak-rusnah.fotopages.com

Bahan2
350 gm lobak putih diparut,direbus dan ditoskan (terlebih parut.. letak 370gm)
250 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
500-600 ml air (MaDiHaA letak 550 ml)
50 gm udang kering direndam kemudian ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit gula (MaDihaA letak 2 sudu teh)
1/2 st kiub perasa ayam (1/4 kiub ayam)
1/2 st serbuk lada
1/2 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
sedikit minyak
daun bawang dan bawang goreng utk hiasan
bijan goreng juga utk hiasan
cili sos.

(Kalau ikut resepi asal ada dimasukkan biji ketumbar dan cekur di dalam adunan tu....eh tak boleh bayang Rasanya bila ada 2 bahan ni....jadi kak Rus ketepikan..... MaDiHaA pun ikut kak Rus gaklah.. hehe)
Penyediaan
1. Panaskan minyak & tumis bawang besar, masukkan bawang putih diikuti udang kering yang ditumbuk tadi kemudian masukkan lobak putih yg dah direbus dan tos tadi. Kacau2 biar rata. Tutup api & ketepikan.
2.Dalam satu bekas lain, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam (MaDiHaA letak garam lepas siap dibancuh dengan kiub ayam sbb takut terlebih masin), gula, perasa ayam, serbuk lada dan diadun dgn air.
3.Masukkan campuran tepung ke dalam kuali tumisan tadi dan dikacau. (Masa ni.. rasakan masinnya.. then barulah MaDiHaA tambah garam biar ada rasa masin sikit2 je). Seterusnya pasangkan api semula dan kacau sekejap selama 2-3 minit atau bila nampak adunan memekat sikit (jangan pekat sangat!!).
4. Sediakan kukusan....ratakan adunan ini ke dalam acuan yang dilenser minyak dan kukuslah selama 45 minit.
5.Biarkan sejuk..... dipotong setebal 1 cm (atau sesuka hati anda) kemudian digoreng tohor dengan sedikit minyak. Goreng kekuningan di dua belah kuih......dan boleh dihidangkan bersama sos & bahan hiasan. Boleh juga dihidang tanpa goreng setelah dihias dengan topping/hiasannya

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...