DAPUR KECIL KU

Sabtu, 31 Julai 2010

INCHI KABIN


Masak udang masak lemak cili api utk lunch hari minggu tp takde yg abis mkn sekali harung aku gak yg kena repeat mkn,mana tak tembam.Sambil2 tu masak ayam kat bawah ni

INCHI KABIN (AYAM GORENG KARI)


Bahan-Bahannya

4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali

1/3 cawan rempah kari

200 ml pati santan

1 inci halia*

4 ulas bawang putih*

1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)

1 camca besar serbuk cili

2 biji limau nipis, perah jusnya

3/4 camca besar gula

1 camca teh garam



Cara membuatnya

Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan. (tak buat pun terus cuci dan gaul rempah)

Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam. (takde perap terus masuk kuali)

Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.

Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.

Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!! memang ok cik mat)

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...