DAPUR KECIL KU

Isnin, 12 Julai 2010

ROTI JALA

ROTI JALA


Bahan2

3 cawan tepung gandum

3 ½ cawan air

1 biji telur

sedikit pewarna kuning

1 sudu besar marjerin ~ dicairkan

sedikit garam

sedikit minyak / marjerin (utk sapu pd kuali jika guna kuali biasa ~ lebih mudah guna non stick pan)



Cara2nya

1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.

2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak/ marjerin pada kuali.

3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai laju2 ke dalam kuali menjadi seperti jala .

4. Biarkan hingga roti jala masak & nampak agak garing di sebelah bawahnya. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.

5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak/marjerin setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )

6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya sebati semula daripada proses mendapan semasa menunggu roti jala masak .

7. Hidangkan bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...