DAPUR KECIL KU

Selasa, 20 Julai 2010

UDANG GORENG ASAM


UDANG GORENG ASAM

copy mat gebu
Bahan-Bahannya:-

500 g udang sederhana besar

2 camca besar asam jawa

1/2 camca teh garam

2 camca besar gula

1 camca teh serbuk lada sulah

2 camca teh kicap pekat

2 ulas bawang putih, ditumbuk lumat

8 camca besar air



Cara membuatnya:-

Bersihkan udang, tapi jgn buat kulit, cuma gunting hujung kepala dan buang kotorannya. Tabur garam dan perap 10 minit, kemudian cuci dan toskan.

Asam jawa dicampur dengan 8 camca besar air, ramas hingga sebati dan tapis jusnya. Campur dengan semua bahan lain. Kacau rata. Gaul dengan udang yang ditoskan tadi dan perap 1 jam hingga 1 1/2 jam dalam peti sejuk.

Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul2 panas dan masukkan udang seta bahan2 perap tadi (berhati2 ketika memasukkan udang ke dalam kuali!!). Kacau goreng untuk 1 minit dan kecilkan api, biar udang masak hingga bahan perap menjadi pekat dan bersalut pada udang.

Kemudian angkat dan toskan lebihan minyaknya. Alih ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...