DAPUR KECIL KU

Khamis, 8 Julai 2010

KARIPAP PUSING


KARIPAP PUSING


Sumber : Wila

(telah diedit cara penyampaikannya oleh Mamawandiha)

BAHAN A:

80gm tepung gandum (MaDiHaA tambah lagi tepong sampai dpt doh yg lembut)

60gm lemak sayur



BAHAN B:

150gm tepung gandum

1/2camb gula

1/2 camt garam

30gm merjerin

70-75ml air (lebih kurang ikut lembut doh)



BAHAN C: Inti karipap kesukaan anda. (tak perlu resepi ya ikut resepi kesukaan masing2)



CARA-CARA:

1. Gaul bahan-bahan A sehingga jadi seperti adunan biskut/ doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul dah bentukan bulat2/bebola.

2. Untuk bahan-bahan B gaulkan marjerin dgn tepung hingga jadi seperti serbuk roti.

3. Bancuhkan gula dan garam bersama air hingga kesemua larut.

4. Tuang air sedikit demi sedikit kedalam adunan serbuk roti lalu uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul juga & buat bulat2/bebola

5. Untuk mencanai kulit masukan A ke dalam B lalu bungkus kemas-kemas buat seperti ini sehingga habis kesemua 8 ketul/bebola tadi.

6. Ambil satu ketul gelek rata memanjang (bentuk oblong) kemudian gulung kemas2.

7. Gelek sekali lagi dan gulung lagi seperti dalam gambar.

8. Potong gulungan tadi kepada 4 bahagian. Ambil satu keping lalu gelek nipis hingga menjadi bentuk bulat. TERBALIKKAN (bermakna permukaan atas yg kena rolling pin berada di bawah & permukaan bawah yg kena papan canai untuk letak ini) . Letak inti secukupnya lalu tutup kemas & kelim kemas2.

9. Habiskan semua adunan lalu bolehlah digoreng. Gunakan api yang kecil dengan minyak belum begitu panas semasa nak masukkan karipap.. kemudian (besarkan) gunakan api sederhana semasa menggoreng. Bila karipap dah masak.. kecilkan semua api.. angkat & tos karipap. Ulangi proses yang sama untuk karipap yang seterusnya. Gunakan api yang kecil semasa menggoreng adalah untuk mendapatkan kulit karipap yang cantik & licin & mengelakkan dari kulit karipap kasar & meletops2

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...