DAPUR KECIL KU

Rabu, 25 Ogos 2010

ASAM PEDAS NYONYA

Kan aku ada beli ikan tenggiri sekeping ni kes tengok kat blog mat gebu lah asam pedas nyonya ni tu pasal berbuka smlm aku masak lauk ni.Maaf ler aku tak rasa sbb ada belacan(buat masa skrg ni nak pantang sikit mkn belacan tak tahan asyik nak menggaru aje)Bos mkn sorang2 sedap lah kot takde bunyi apa pun dia mkn.Resepi dr mat gebu.t.q cik mat

ASAM PEDAS NYONYA

MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...