DAPUR KECIL KU

Sabtu, 28 Ogos 2010

BLACK MUSHROOM WITH BROCCOLI CHINESE STYLE

Dah lama ngidam nak buat sayur ni hari rabu tu baru jd kesnya cari cendawan tak jumpa.gi Jusco baru jumpa.masa aku masuk n3 ni aku lupa mana dtg resepi ni jd ari ni aku cari2 baru jumpa kat sini
http://rabiatunsweettouch.blogspot.com/2010/08/black-mushroom-with-broccoli.html
 utk sesapa yg bertanya tu resepi aku ambik dr sini lah

Black Mushroom with Broccoli Chinese Style

bahan:10 biji cendawan kering
1 tbsp tepung jagung
sedikit gula
1 tbsp kicap (ni utk perap cendawan jer, nnt kena tambah lagi bila masa memasaknya)
1/2 broccoli-diptg dan dicuci bersih

untuk kuahnya:
3 tbsp kicap manis
1 tbsp kicap masin
1/2 cawan air- (ni bergantung pada jumlah cendawan)
sedikit gula-ini aku tambah sbb aku guna kicap masim aje
Cara:
1). Rendam cendawan hingga kembang dan lembut. Buang kakinya. Basuh dan perah airnya tapi biar air tu tinggal sedikit pada cendawan. Jangan ler perah hingga kering plak.
2). Kemudian, perap cendawan dengan gula, tepung jagung dan kicap manis.
3). Rebus atau stim broccoli bersama sedikit garam. Tuang broccoli tadi ke dalam bekas berisi air sejuk .Biarkan sekejap dan toskan. Susun dalam pinggan hidang. Tabur sedikit serbuk lada putih (optional).
4). Panaskan minyak, goreng cendawan hingga wangi dan berkilat. Masukkan kicap dan air (air ni biar meliputi keseluruhan cendawan tu). Tutup kuali.
5). Didihkan dengan api perlahan (lebih kurang 1/2 jam) sehingga kuahnya pekat dan airnya kering seperti masak sayur biasa.
6). Bila sudah masak, dan kuah pekat sedikit (pekat ni ikut citarasa masing2 nak pekat camner yer) tuang kuah ke atas broccoli. Sedia di hidang

Utk sayur ni rasanya lagi sedap klu brokoli tu di gaul sekejap dlm sos tu bg rata sbb klu siram aje memang tak rasa masin lah sayur tu.si kembar lah duk mkn cendawan aje sbb cendawan tu aje yg masin

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...