DAPUR KECIL KU

Isnin, 23 Ogos 2010

UDANG SANGGUL

Biasanya org yg pakai sanggul tp skrg ni sbb org pun dah mcm2 pesen rambut sanggul tak laku jd udang lak yg pakai sanggul he..he..lepas ni entah apa pulak udang ni nak ambik.Udang sanggul ni best tau ranggup2 krukk..krukk..sekali rasa mcm mkn mamie pun ada nak buat pun senang lah sgt2.Ikut kan resepi kena buang kepala kulit seme tp tak cantik lak rupanya klu buang kepala jd aku cuma buang kulit tengah tinggal kepala dgn ekor pastu balut lah dgn maggie tu pasal rupanya mcm tu.Cuma aku ni bab hias menghias ni memang fail tul lah klu nak bg cantik kena suruh chef hiaskan tp chef mana ada masa nak tolong hiaskan sbb dah tukar job sibuk dgn besi pulak skrg bab dapur2 ni dah tak pandang dah.Jom kita tengok resepi yg mudah bangat ni..resepi asal dr mat gebu tu..



UDANG SANGGUL

copy rabiatunsweettouch

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang besar

1/2 camca teh serbuk lada hitam yang baru dikisar
Sedikit garam
2 keping mee telur "CINTAN" (aku guna manggie)
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang untuk hiasan-tak letak pun
Sos pilihan

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Udang dikupas kulit, tinggalkan bahagian ekornya, buang urat belakang, cuci dan toskan. Buat hingga siap. Kemudian lap kering dengan paper towel. Lumur udang tadi dengan 1/2 camca teh serbuk lada hitam dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Celur mee telur tadi hingga lembut (aku masak maggie setengah masak aje klu masak sgt jd lembik bila dah lembik mee tu cepat putus,biar mee panJang2, jangan kerat), toskan dan gaul dengan sedikit minyak masak. Biar sejuk sedikit. Bahagikan mee tadi kepada 12 bahagian.
3. Ambil 1 ekor udang tadi dan balut dengan 1 bahagian mee, seperti sanggul. Kepal2 kan sedikit biar elok bentuknya. Alih dalam pinggan. Buat hingga siap.
4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil 1 udang sanggul dan berhati2 masukkan ke dalam minyak tadi, pastikan anda menggoreng 3 atau 4 sekali goreng. Biar kuning keemasan dan gunakan api sederhana.
5. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga selesai. Tabur hirisan daun bawang dan serbuk lada hitam sebelum dihidangkan bersama sos pilihan....Selamat mencuba..

sedap ni klu wat kudap2an pun ok tp rajin ke nak wat byk2...

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...