DAPUR KECIL KU

Rabu, 25 Ogos 2010

CUSTARD JELLY

Dah berapa hari tak buat kueh(padahal baru aje sehari tak buat)smlm lepas msk asam pedas buat lah puding yg senang ni tp yg geramnya jelly pulak takde aku ingatkan ada stok jelly kat umah rupanya stok puding bkn jelly jd terpaksalah aku gunakan agar2 strip utk buat jelly tp sememangnya sedap lah custard jelly ni lg best klu mkn yg dah sejuk dr dlm peti rasa lemak2 susu tu manis2 manja gitu.senang aje aku buat pun kejap aje blk keje msk2 buat puding ni dah kul 6.30 ptg sib baik sempat keras tp bkn mkn masa buka mkn lepas solat semua baru mkn 2nd round pulak.jom try resepi ambik dr dayang jack.t.a DJ
Kastard Jeli

Dayang Jack

Bahan-bahan :
90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
3 cawan susu cair
3 sb gula
1-2 sb susu pekat manis
1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional

Cara-cara :
Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi.
Sejukkan terlebih dahulu

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...