DAPUR KECIL KU

Isnin, 23 Ogos 2010

KUEH CARA

Dah lama nak wat kueh cara berlauk ni,pinjam sarang kueh cara dgn makcik bukan main lama lagi dr belm posa sampai posa dah nak setengah bulan baru menjadi cara nya.Itu pun lauk nya aku dah masak awal2 hari simpan dlm peti he..he..bukan apa klu nak buat semua sekali harung memang tak sempat lah yelah balik keje kul 5 ptg pastu ambik budak kembar tu lagi dah kul 5.30 itu belum lagi bab2 dia org buat hal tak nak masuk kete lah tak nak balik lah nak main buai lah pendek kata memang mcm2 citer lah tong tang tong tang dah kul 6 ptg .masa ni lah baru aku nak bersilat kat dapur tu oleh kerana tu lah aku masak siap2 lauknya.resepinya aku ambik dr chef hanilieza memang menjadi lah tp lauk nya resepi aku sendiri.Aku buat kira setenagh lebih sikit dr adunan nya nak wat satu adunan mcm byk sgt tu pun aku rasa byk gak jd sempat lah aku bg kat jiran sebelah umah dah tu dia balas aku ayam bakar,ikan bakar dgn daging bakar pulak hai org memberi kita merasa lah kan.Mari tengok resepinya.
KUEH CARA PEDAS/BERLAUK

sumber : Kakliza

Bahan Inti
1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..potong dadu kecil
1 ulas bawng putih....cincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam

daun bawang.......mayang kecil ]
cili merah.......hiris halus ] hiasan

Daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus
untukmenggris acuan kueh cara

Cara masak inti
1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendideh dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.

Bahan untuk adunan bater:
2 cawan tepung
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna kuning

Cara membuat kueh:
1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko yg muncung panjang
[senang nak tuang kedalam acuan kueh cara]
3. Minyakkan acuan kueh cara dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung
periuk kecil
7. Bila agak dah masak.. angkat dan hidangkan
Disebabkan adunan tu agak byk utk makan 2 org jd aku bahagi 2 dan satu buat cara manis dan satu lg buat cara berlauk kan senang hari tu kira 2 jenis kueh ler nampak byk sikit he..he..tak yah sibuk2 nak gi pasar ramadhan beli kueh dah.Tp sememang nya tahun ni punya posa blh kira dgn jari berapa kali kita org beli kat pasar ramadhan.Aku kira selagi aku mampu buat sendiri aku akan buat melainkan aku datang angin malas jgn kata yg susah yg senang pun aku beli aje.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...