DAPUR KECIL KU

Khamis, 12 Ogos 2010

AYAM TERIYAKI


AYAM PANGGANG TERIYAKI

copy mat gebu sumber rinnchan

BAHAN-BAHANNYA

3 kepingan besar ayam (mat guna bahagian peha)

3 camca besar madu

4 camca besar kicap manis

1 camca besar gula (mat guna brown sugar)

3 inci halia, diparut halus

3 ulas bawang putih, diparut halus

1 camca teh garam halus (atau secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA

Ayam dibersihkan, kelar2. Kemudian gaul dengan semua bahan lain, simpan dalam peti sejuk dan biar perap 1 jam. Panaskan dapur arang, asingkan ayam dari bahan2 perap dan masak bahan perap tadi dengan api perlahan hingga sedikit pekat, tambah sedikit air jika perlu. Matikan api. Panggang ayam dan sapu bahan yang dimasak pekat tadi atas ayam. Panggang hingga masak. Nak tau masak, hiris sikit bahagian paling tebal pada peha ayam tadi, kalau air yang keluar jernih dan daging kelihatan putih, tanda ayam dah masak

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...